Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat eksekutif jualan Mobile Air dipenjara antara 4 hingga 14 bulan

Oct 14, 2015 | 04:05 PM



EMPAT kakitangan jualan sebuah kedai telefon bimbit di Sim Lim Square yang berkomplot untuk menipu pelanggan telah dikenakan hukuman penjara antara empat dengan 14 bulan hari ini, Rabu.


Koh Guan Seng, 38 tahun; Kam Kok Keong, 31 tahun; Lim Hong Ching, 34 tahun; dan Kelvin Lim Zhi Wei, 32 tahun, ketika itu bekerja sebagai eksekutif penjualan bebas bagi Jover Chew, pemilik kedai Mobile Air yang telah pun ditutup.


Mereka telah menipu pelanggan mereka sekitar $16,149 antara 15 April dengan 27 Oktober tahun lalu.


Kes terhadap Chew, 33 tahun, akan didengar lagi pada 28 Oktober ini.


Kedai Mobile Air mendapat perhatian Oktober tahun lalu selepas ia memulangkan semula kepada pelanggannya $1,010 dalam bentuk duit syiling.


Sebulan kemudian, seorang pelancong Vietnam dilihat dalam sebuah video yang disebar luas melutut dan merayu di kedai itu supaya ia memulangkan duitnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >