Empat lelaki dituduh nyalakan bunga api yang tidak dibenarkan di Yishun, Bukit Batok West dan Joo Seng Road

EMPAT lelaki dihadapkan ke mahkamah hari ini (9 November) atas tiga insiden berasingan melibatkan bunga api yang tidak dibenarkan di Yishun, Bukit Batok West dan Joo Seng Road berdekatan Upper Aljunied Road Selasa lalu.

A Hariprasanth, 18 tahun; Elvis Xavier Fernandez, 25 tahun; Jeevan Arjoon, 28 tahun, dan Alagappan Singaram, 54 tahun, dituduh menyalakan bunga api berbahaya.

Rabu lalu, dua lelaki lain didakwa atas penglibatan mereka dalam penyalaan bunga api yang tidak dibenarkan di Little India awal minggu ini. 

Thiagu Selvarajoo, 29 tahun, dituduh menyalakan bunga api berbahaya manakala Siva Kumar Subramaniam, 48 tahun, dikatakan bersubahat dengannya.

Kesemua mereka warga Singapura dan dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada terdapat kaitan antara empat kes itu.

Dokumen mahkamah juga tidak mendedahkan bagaimana mereka memperolehi bunga api itu.

Empat lelaki yang didakwa hari ini masing-masing diberi ikat jamin $5,000. 

Dalam kenyataan mereka, polis berkata: "Orang ramai diingatkan bahawa adalah satu kesalahan untuk memiliki, menjual, mengangkut, mengirim, menghantar, mengedar atau mengimport bunga api yang berbahaya.

"Polis mempunyai toleransi sifar terhadap tindakan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain serta menyebabkan kecemasan yang tidak wajar kepada orang ramai, dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan tidak mempedulikan undang-undang."

Pemerintah mula mengawal penggunaan bunga api pada tahun 1968 apabila amalan menyalakan bunga api semasa perayaan menjadi isu keselamatan awam yang serius.

Beberapa jenis bunga api diharamkan tetapi kebakaran masih berlaku. Larangan menyeluruh dilancarkan pada 1 Ogos 1972.

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:52
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:06
3 HR PSI: 72
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.