Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat masjid rintis usaha tawar lebih banyak ruang solat Jumaat, 25 Jun ini

Jun 12, 2021 | 04:06 PM



MASJID sedang membuat persiapan untuk menyediakan lebih banyak ruang untuk solat Jumaat buat jemaah yang telah divaksin atau menjalani pengujian sebelum acara.


Ini akan memerlukan prosedur Daftar Masuk Safe Entry baru di masjid, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya pada Sabtu (12 Jun).


Butiran lanjut akan diberikan dalam beberapa minggu akan datang.


Muis berkata ia akan mencuba prosedur baru itu pada 25 Jun di empat masjid untuk menguji keupayaan tersebut, sedang zon tambahan bagi setiap sesi solat Jumaat dibuka.


Empat masjid itu adalah Masjid Al-Istighfar, Masjid Ar-Raudhah, Masjid Assyafaah dan Masjid Mujahidin.


Lebih banyak ruang di lebih banyak masjid akan dibuka dalam beberapa minggu akan datang jika keadaan kekal stabil, kata Muis.


"Sedang lebih ramai jemaah mendapatkan vaksin atau menyesuaikan diri dengan prosedur pengujian sebelum acara, Muis berharap dapat menyediakan bilangan tempat maksimum yang dibenarkan di bawah Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat) dengan selamat. Ini sejajar dengan strategi nasional Uji, Kesan dan Vaksin," kata Muis.


Buat masa ini, masjid akan terus menawarkan 50 tempat bagi solat jemaah setiap hari, yang boleh ditempah menerusi sistem tempahan masjid dalam talian.


Maklumat lanjut tentang penyambungan kegiatan lain di masjid, seperti kelas aLIVE, akan diumumkan kelak.


Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) pada Khamis mengumumkan pelonggaran sekatan dua peringkat mulai 14 Jun termasuk membenarkan solat berjemaah bagi 250 orang dengan pengujian sebelum acara.


Ini menyusuli bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat yang merosot sejak sekatan dipertingkat empat minggu lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >