Empat pekerja Bangladesh didapati bersalah biayai pengganasan
Jun 01, 2016 | 05:30 AM
EMPAT pekerja Bangladesh yang ditahan bulan lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) didapati bersalah membiayai pengganasan semalam.
Mereka ialah Rahman Mizanur, 31 tahun; Miah Rubel, 26 tahun; Md Jabath Kysar Haje Norul Islam Sowdagar, 31 tahun; dan Sohel Hawlader Ismail Hawlader, 29 tahun.