Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat pusat penjaja baru jelang suku ketiga tahun ini

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



PENDUDUK di Bandar Tampines akan mendapat sebuah pusat penjaja baru, manakala empat pusat baru pula - Pusat Penjaja Bukit Canberra, Fernvale, One Punggol dan Senja - akan mula beroperasi menjelang suku ketiga tahun ini.



Di samping itu, lagi lima pusat penjaja yang kini dalam tahap pembinaan akan selesai dibina secara berperingkat dalam beberapa tahun mendatang, dengan lagi dua pusat kini dalam tahap perancangan dan rekaan, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.



Dr Khor menambah bahawa dua pusat yang dibangunkan semula juga akan mula beroperasi tahun ini.



"Pusat Penjaja Market Street yang sebelum ini di Tempat Meletak Kereta Golden Shoe akan dibuka bagi perniagaan mulai 1 April di tingkat dua dan tiga pembangunan bersepadu CapitaSpring di Market Street, dan terus menyediakan pilihan makanan boleh dimampui bagi mereka yang bekerja di kawasan pusat bandar (CBD).



"Kami juga menjangkakan Pusat Penjaja Margaret Drive, yang menggantikan pusat penjaja di Blok 1A, 2A, 3A Commonwealth Drive, untuk mula operasi mulai suku keempat 2022," kata beliau.



Sebagai sebahagian usaha memastikan prasarana pusat penjaja bersedia untuk masa depan, Dr Khor mengumumkan bahawa pemerintah akan berunding dengan pihak berkepentingan untuk sama-sama membangunkan usaha perintis Program Transformasi Pusat Penjaja (HTP) di Pasar Geylang Serai dan Pasar dan Pusat Makanan Cheng San.



Skop kerja yang disarankan mungkin termasuk kipas Isi Padu Tinggi Kelajuan Rendah untuk mempertingkat pengalihan udara, peruntukan untuk menyokong pelaksanaan fleksibel langkah pengurusan selamat, seperti pengerahan dan penarikan balik pantas kawalan akses sementara, penyusunan semula meja dan kerusi untuk mengurangkan kesesakan, dan tempat basuh tangan tambahan untuk mempertingkat tahap kebersihan.



Selain itu, Dr Khor berkata sebuah panel penasihat bebas 10 anggota telah dibentuk untuk bekerjasama dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk menyokong dan menyemak usaha perintis Skim Peralihan Penjaja (HSS).



Skim itu, yang dikongsi tahun lalu, bertujuan memadankan penjaja baru dengan yang lebih lama bagi peralihan supaya resipi dan kemahiran penjaja veteran tidak hilang.



Panel 10 anggota itu terdiri daripada enam penjaja mapan dan bakinya adalah cef kulinari, pengendali pusat penjaja dan rakan latihan kulinari.



"Ahli panel akan membantu mengenal pasti penjaja veteran yang sesuai, menilai kesediaan bakal pengganti, dan memberikan maklum balas untuk mempertingkat program itu," kata Dr Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >