Empat stesen MRT Lanjutan Tuas West dibuka 18 Jun

EMPAT stesen MRT baru di Laluan Timur-Barat akan dibuka di bahagian barat Singapura menjelang Jun ini, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Laluan baru Lanjutan Tuas West sepanjang 7.5 kilometer itu akan mula beroperasi pada 18 Jun, kata LTA dalam satu kenyataan hari ini.

Satu pranonton laluan lanjutan itu akan diadakan semasa satu rumah terbuka pada 16 Jun.

Kesemua empat stesen akan dibuka kepada orang ramai dari 12 tengahari hingga 8 malam.

Laluan lanjutan itu merangkumi empat stesen atas tanah melepasi stesen Joo Koon - stesen-stesen Gul Circle, Tuas Crescent, Tuas West Road dan Tuas Link.