Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam ditabal Guru Arif Budiman

Nov 09, 2019 | 05:40 PM



ENAM guru bahasa Melayu cemerlang diiktiraf dengan Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) di majlis penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2019 di Orchid Country Club hari ini (9 Nov).



Antara mereka termasuk Cik Norasiken Mohd Noor daripada Sekolah Perempuan Haig, Cik Nurhafeza Hanem Abdul Azal daripada Sekolah Menengah Canberra dan Encik Muhammad Andi Mohammed Zulkepli daripada Sekolah Menengah Zhenghua yang mendapat anugerah bagi kategori model motivasi.



Sementara itu, Cik Sabrina Samsuri daripada Sekolah Rendah Zhenghua, Cik Arfah Buang daripada Sekolah Sains dan Teknologi Singapura serta Cik Siti Mariam Manshor daripada Sekolah Menengah Crest diiktiraf dengan anugerah bagi kategori suri teladan.



Majlis turut diserikan dengan kehadiran etamu terhormat, Menteri Pendidikan Ong Ye Kung.



Semasa menyampaikan ucapannya, Encik Ong berkata sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat merupakan pihak yang penting dalam ekosistem bahasa ibunda.



“Sekolah kita akan terus giat berusaha untuk menjadikan bahasa ibunda satu bahasa yang hidup dan relevan bagi pelajar.



“Para guru akan memanfaatkan teknologi baru dan pedagogi yang inovatif... untuk menjadikan pembelajaran bahasa ibunda bermakna, relevan dan menarik,” katanya.



Dianjurkan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian (BH) dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), anugerah tersebut bertujuan mengiktiraf guru bahasa Melayu yang cemerlang dalam usaha mereka menggalak dan meningkatkan penggunaan bahasa Melayumelalui pengajaran dan pembelajaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >