ENAM dormitori telah disahkan bebas daripada wabak Covid-19 dan kini hanya menampung individu yang sudah sembuh daripada jangkitan tersebut mahupun mereka yang didapati tidak menghidap koronavirus.
Dengan hasil ujian yang gigih dijalankan Pasukan Bertindak Antara Agensi ini, enam kelompok berkenaan di Cochrane Lodge II (49 Admiralty Road West); Hulett Dormitory (20 Senoko Drive); Shaw Lodge (12 Shaw Road); Tampines Dormitory (2 Tampines Place); 31 Sungei Kadut Avenue; dan 230 Woodlands Industrial Park E5 ditutup.