Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam khidmat penerbangan bakal kendali khidmat VTL S'pura-M'sia mulai 29 Nov

Nov 18, 2021 | 08:58 PM



PENUMPANG pesawat kini boleh memilih daripada enam khidmat khusus dalam setiap hala tujuan apabila skim perjalanan udara bebas kuarantin Malaysia-Singapura bermula pada 29 November.



Khidmat penerbangan AirAsia, Jetstar Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Scoot dan Singapore Airlines akan menawarkan khidmat khusus secara harian, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Khamis (18 November). 



Permohonan bagi Skim Laluan Perjalanan Bagi Individu Yang Divaksin Singapura-Malaysia akan bermula pada 22 November, kata CAAS.



Menurut pihak berkuasa imigresen Malaysia, tiada had bagi kapasiti dan jenis kapal terbang bagi pesawat yang mengendalikan khidmat khusus antara Singapura dengan Kuala Lumpur. 



Pembukaan semula ini hanya meliputi kembara udara dan tidak termasuk perjalanan darat menerusi Koswe atau Laluan Kedua.



Pemegang pas jangka panjang dan pengunjung jangka pendek yang ingin memasuki Singapura boleh memohon untuk pas yang boleh digunakan bagi VTL mulai 10 pagi pada 22 November.



Namun bagi warga Singapura, penduduk tetap dan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, mereka tidak perlu memohon.



Penumpang mestilah sudah lengkap divaksin dengan vaksin yang diiktiraf penguasa kesihatan di kedua-dua negara. Namun, kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dianggap layak tanpa keperluan menunjukkan bukti vaksinasi.



Menurut dokumen yang diterbitkan di laman Jabatan Imigresen Malaysia, kedua-dua negara boleh mengubah ketetapan kembara di bawah aturan ini dengan memberi notis bertulis kepada pihak yang satu lagi sekurang-kurangnya 48 jam lebih awal.



Di bawah skim ini, penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Changi harus mengasingkan diri selepas meninggalkan lapangan terbang dan menanti hingga 24 jam bagi hasil keputusan ujian swab reaksi rantaian polymerase Covid-19 sewaktu ketibaan.



Namun, mereka yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL kemungkinan boleh mendapatkan hasil ujian swab mereka dalam masa satu hingga tiga jam. Mereka hanya perlu menanti di tempat menunggu yang khusus sebelum ruang imigresen.



Khidmat tambahan dan sudut masuk dan keluar yang baru dan ingin diperkenalkan boleh ditambah kelak atas persetujuan bersama dua negara.



Pengunjung yang ingin memasuki Singapura di bawah skim VTL tidak perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah. Sebaliknya, mereka perlu diuji negatif Covid-19, dua hari sebelum berangkat ke Singapura serta setibanya di sini.



Mereka boleh mengirim ujian negatif daripada sama ada ujian swab reaksi rantaian polymerase atau ujian pantas antigen yang ditadbir secara profesional.



Setibanya di sini, mereka perlu menjalani ujian PCR dan boleh menjalankan aktiviti mereka jika diuji negatif.



Laluan udara Singapura-Kuala Lumpur adalah antara yang tersibuk di dunia sebelum pandemik Covid-19 melanda.



Menteri Pengangkutan S. Iswaran dalam pos Facebook berkata VTL antara Malaysia dengan Singapura adalah langkah penting dalam membuka semula sempadan antara dua jiran terdekat.



"Kami juga dalam perbincangan lanjutan dengan Malaysia mengenai usaha menyambung semula perjalanan darat merentasi Koswe dan Laluan Kedua dan berharap dapat memberi lebih banyak butiran mengenai perkara ini tidak lama lagi," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >