Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam pekerja Bangladesh hadapi tuduhan di bawah Akta Pengganasan

May 27, 2016 | 04:11 PM



ENAM warga Bangladesh yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lalu telah dituduh di mahkamah hari ini atas kesalahan melakukan pembiayaan bagi tujuan pengganasan.



Keenam-enam mereka, berusia antara 26 hingga 31 tahun, adalah diantara lapan lelaki yang diberkas antara lewat Mac dan awal April lalu.



Mengenalkan nama kumpulan mereka sebagai Negara Islam di Bangladesh (ISB), mereka merancang melakukan serangan di negara mereka sendiri dalam usaha untuk menggulingkan pemerintah Bangladesh.



Matlamat mereka adalah untuk membangunkan Negara Islam di tanahair mereka dan meletakkannya di bawah pemerintahan khalifah yang diisytiharkan sendiri oleh Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).



Hari ini, mereka menghadapi tuduhan dengan menyediakan atau mengumpul wang untuk pengganasan di bawah Akta Pengganasan (Pengekangan Pembiayaan).



Mereka yang dituduh adalah: Rahman Mizanur, 31 tahun; Mamun Leakot Ali, 29 tahun; Miah Rubel, 26 tahun; Zzaman Daulat, 34 tahun; Md Jabath Kysar Haje Norul Islam Sowdagar, 30 tahun; dan Sohel Hawlader Ismail Hawlader, 29 tahun.



Mereka telah dibawa ke mahkamah sebelum 2 petang dengan menaiki tiga truk berperisai, di bawah kawalan ketat.



Rahman telah dikenalpasti oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada bulan lalu sebagai ketua kumpulan tersebut.



Dua dari enam yang didakwa - Miah dan Jabath - turut dikenakan tuduhan memiliki kewangan bagi tujuan pengganasan di bawah akta yang sama.



Kecuali Mamun, kesemua tertuduh memberitahu mahkamah mereka bercadang untuk mengaku bersalah.



Mereka dijangka akan berbuat demikian pada 31 Mei ini sewaktu dihadapkan semula ke mahkamah.



Satu persidangan praperbicaraan untuk Mamun telah ditetapkan pada 9 Jun ini.



Keenam-enam mereka adalah yang pertama didakwa di bawah Akta Pengganasan, menurut jurucakap polis dalam kenyataannya hari ini.



Akta itu adalah diantara beberapa undang-undang yang digubal dan diluluskan pada 2002, menyusuli serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat dan rancangan ganas Jemaah Islamiyah yang dipatahkan di Singapura.



Jurucakap polis menambah, Jabatan Ehwal Komersil (CAD) telah memulakan siasatan terhadap keenam-enam tertuduh pada 8 April lalu.



"Singapura memandang serius sebarang sokongan terhadap kegaiatan berkaitan pengganasan, termasuk sokongan kewangan untuk pengganasan," kata jurucakap itu.



"Pihak berkuasa akan mengambil langkah tegas terhadap sesiapa sahaja yang menyediakan, mengumpul dan/atau memiliki harta benda, bagi tujuan pengganasan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >