Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam satelit buatan Singapura akan dilancar ke angkasa pada Disember

Oct 22, 2015 | 09:09 AM



SINGAPURA akan melancarkan enam satelit buatan tempatan pada Disember, termasuk sebuah satelit seberat 400 kilogram yang boleh menjalankan misi pengawasan bagi keselamatan maritim dan sempadan.


Enam satelit itu akan menaiki roket Kenderaan Satelit Polar (PSLV-C29) Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India yang akan dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Andhra Pradesh, India.


Ia akan berlegar sekitar 550 kilometer di angkasa sehingga lima tahun, lapor akhbar The Straits Times.


Pelancaran pada 16 Disember itu dilakukan empat tahun selepas negara ini meletak satelit mikro tempatan pertama di angkasa. Sejak pelancaran X-Sat sebesar sebuah peti sejuk itu pada 2011, beberapa satelit kecil telah dilancarkan oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU).


Kali ini, satelit-satelit itu dibina dari awal oleh pasukan daripada syarikat pertahanan Singapore Technologies Electronics (ST Elektronik), University Nasional Singapura (NUS) dan NTU.


Yang terbesar ialah Teleos-1, seberat 400 kilogram dan merupakan satelit pemantauan bumi komersial buatan Singapura pertama yang akan beredar di angkasa, menurut presiden kumpulan komunikasi dan sistem sensor ST Electronics, Encik Tang Kum Chuen dalam laporan The Straits Times.


Teleos-1, yang dijangka berada di angkasa sehingga lima tahun, dapat juga menjalankan misi seperti pemantauan bencana, pengawasan pantai, perancangan bandar dan keselamatan dalam negeri.


Satelit lebih kecil, yang direka dan dibina oleh NUS dan NTU, akan berada di angkasa dari enam bulan hingga tiga tahun.


NTU, yang telah meletak empat satelit di angkasa, akan menambah tiga lagi pada akhir tahun ini bagi memantau iklim tropika dan menguji eksperimen komunikasi berasas satelit.


Dua satelit baru NUS akan menjalankan eksperimen saintifik dan menganalisis permukaan bumi.


Negara lain di rantau ini yang mempunyai satelit sendiri di angkasa termasuk Indonesia, Thailand dan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >