Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Enam syarikat diberi lesen untuk kendalikan khidmat perkongsian basikal di Singapura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Enam syarikat diberi lesen untuk kendalikan khidmat perkongsian basikal di Singapura

Sep 28, 2018 | 07:28 PM

ENAM syarikat akan diberi lesen untuk mengendalikan khidmat perkongsian basikal tanpa dok, umum  Penguasa Pengangkutan Darat (LTA)  hari ini (28 September).

Firma China Mobike dan ofo, dan SG Bike yang berpangkalan di Singapura telah diberikan lesen penuh manakala Anywheel, GrabCycle dan Qiqi Zhixiang telah diberikan lesen sandbox atau terkawal.

Ini ditujukan kepada firma tanpa rekod yang cukup panjang dalam mengendalikan khidmat perkongsian basikal.

Ia membolehkan mereka mengendalikan tidak lebih dari 1,000 basikal.

Sebaliknya, Mobike dan ofo masing-masing telah diberi pengesahan untuk mengendalikan 25,000 basikal manakala SG Bike boleh mempunyai sehingga 3,000 basikal.

LTA akan memantau prestasi tiga firma sandbox itu sebelum menentukan sama ada untuk memberi mereka lesen penuh.

Anywheel dan GrabCycle masing-masing dibenarkan mempunyai 1,000 basikal manakala Qiqi Zhixiang boleh mempunyai sehingga 500.

Lesen itu akan diberikan menjelang hujung Oktober. 

GBikes, satu lagi firma yang membuat permohonan, tidak akan diberikan lesen kerana tidak memenuhi kriteria penilaian.

Awal tahun ini, oBike dan ShareBikeSG berhenti beroperasi, disebabkan oleh kesukaran mematuhi rejim baru itu.

LTA berkata pengendali basikal kongsi sebelum ini telah meluaskan bilangan basikal mereka dengan banyak bagi mendapatkan perkongsian pasaran, yang membawa kepada masalah "meletak basikal secara sembarangan".

"Rejim perlesenan diharapkan untuk menangani isu-isu ini dan memastikan pengendali basikal kongsi beroperasi dalam cara yang bertanggungjawab, dan menggunakan ruang awam yang terhad dengan cekap dan bertimbang rasa," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3