Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam warga emas korban terbaru Covid-19 di SG

Oct 05, 2021 | 05:30 AM



ENAM warga Singapura berusia di antara 68 tahun dengan 91 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan dengan Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.



Mereka terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita, empat daripada mereka sudah divaksin.



Menurut MOH, lima daripada mereka mempunyai masalah kesihatan manakala salah seorang yang tidak divaksin, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.



MOH tidak memberikan butiran mengenai keadaan kesihatan mereka.



Kelmarin adalah hari ke-14 berturut-turut kematian ekoran Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Singapura kepada 113.



Sejumlah 18 kematian dilaporkan pada tiga hari pertama bulan ini.



40 orang mati akibat jangkitan Covid-19 pada bulan lalu, berbanding 18 kematian pada Ogos.



Sebanyak 2,057 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan kelmarin - termasuk 1,676 kes dalam masyarakat, 373 di dormitori pekerja migran dan lapan kes import.



MOH menjelaskan kes tempatan termasuk 430 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.



Kini jumlah kes jangkitan keseluruhan di Singapura adalah 103,843 kes.



Sejak 18 September, jumlah kes harian baru dilaporkan telah menjangkaui 1,000, dan melebihi 2,000 sejak Selasa lalu.



Daripada sembilan kelompok aktif yang melaporkan kes baru kelmarin, kelompok terbesar ialah Avery Lodge di Jurong, yang mempunyai 24 kes baru.



Ia mempunyai sebanyak 439 kes Covid-19.



Sementara itu, North Coast Lodge di Woodlands melaporkan lagi 29 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 411 kes.



Dormitori di 9 Defu South Street 1 pula mencatatkan 22 kes baru, membawa bilangan keseluruhan kepada 240.



Sehingga tengah hari kelmarin, 1,337 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital, lebih rendah berbanding 1,422 pada Sabtu.



Daripada jumlah itu, 250 memerlukan sokongan oksigen dan 35 di unit jagaan rapi.



Dalam kalangan mereka yang jatuh sakit teruk, 242 adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas, tambah MOH.



Sekitar 500,000 warga emas yang layak sudah diundang untuk menerima vaksin perangsang Covid-19 dan hampir 279,800 telah menerimanya.



Ini adalah 21,700 lebih tinggi daripada Sabtu.



Hampir 4.5 juta orang atau 82 peratus penduduk setempat sudah menerima vaksin sepenuhnya sementara 85 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >