Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Encik David Ong letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, pilihan raya kecil akan diadakan

Mar 12, 2016 | 05:52 PM



AHLI politik Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik David Ong, 54 tahun, telah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen (AP) Bukit Batok dan daripada partinya atas "sebab-sebab peribadi."



Satu pilihan raya kecil akan diadakan untuk mengisi kerusi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Batok, menurut satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri hari ini.



"David telah berkerja gigih sebagai seorang AP dan berkhidmat kepada penduduknya secara tekun. Saya berterimakasih atas segala sumbangannya," kata kenyataan tersebut.



"Saya merancang untuk mengadakan pilihan raya kecil di SMC Bukit Batok pada masa yang sesuai. Sementara itu, Menteri Negara Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee dan AP bagi GRC Jurong akan menguruskan ehwal penduduk Bukit Batok."



Encik Ong menyertai politik dalam Pilihan Raya 2011 dan terpilih sebagai AP GRC Jurong.



Pada Pilihan Raya 2015, kawasanudinya dijadikan SMC, yang memperlihatkan persaingan tiga penjuru antara Encik Ong dengan calon Parti Demokratik Singapura, Sadasivam Veriyah dan calon bebas, Samir Salim Neji.



Encik Ong menang dengan undi 73 peratus, melebihi kadar nasional ia itu sebanyak 69.9 peratus.



Dalam suratnya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang juga Setiausaha Agung PAP, Encik Ong menulis:



"Pada 12 March 2016, saya menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Anggota Parlimen kepada Speaker. Di sini, saya juga mengundurkan diri sebagai anggota Parti Tindakan Rakyat, secara serta merta, atas sebab-sebab peribadi, dengan hati yang sangat berat.



"Saya berterimkasih kepada penduduk Bukit Batok kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat kepada mereka sebagai AP dan kerana telah memberi sokongan kepada saya selama ini. Saya telah melakukan terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab saya dan saya benar-benar meminta maaf kerana mengundurkan diri sebelum tiba masanya."



Dalam jawapannya pada Encik Ong, Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menulis di laman Facebooknya:



"Terima kasih atas surat anda, saya amat kesal kerana terpaksa menerima perletakan jawatan anda."



Beliau berkata Encik Ong telah "berkhidmat bersungguh-sungguh sebagai ahli Parlimen" di GRC Jurong dan Bukit Batok SMC.



"Bagaimanapun, setelah mempertimbangkan perkara ini dengan teliti, saya percaya bahawa keputusan anda untuk meletakkan jawatan adalah demi kepentingan pengundi anda, parti, keluarga dan diri sendiri," tambahnya.



Dalam sebuah sidang media yang telah diadakan baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam berkata bahawa perletakan jawatan Encik Ong "sama sekali tidak dijangkakan".



"Encik David Ong telah meminta maaf tetapi saya ingin meminta maaf kepada penduduk Bukit Batok bagi pihak parti," kata Encik Tharman.



Semasa menjawab soalan pihak media, Encik Ong berkata: "Saya rasa keputusan untuk meletakkan jawatan ini betul untuk kepentingan parti, pengundi saya dan keluarga. Terdapat ketidakbijaksanaan peribadi pada pihak saya dan saya amat kesal. Saya akan hargai jika anda boleh berikan saya dan keluarga privasi untuk pulih dan bangun semula."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >