Encik V K Rajah dilantik semula sebagai anggota lembaga pengarah MAS

Encik V K Rajah telah dilantik semula sebagai anggota Lembaga Pengarah Penguasa Kewangan Singapura (MAS), menurut kenyataan MAS semalam.

Pelantikan semula itu bermula dari 1 November hingga 31 Mei, 2020.

Lembaga Pengarah MAS dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Bagi Ekonomi dan Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, dan dianggotai beberapa anggota lain termasuk Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat; Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) dan Menteri Kedua Bagi Pertahanan, Encik Ong Ye Kung.