Eng Hen: AS dan China harus nyatakan objektif dasar luar di Asia

MUNICH: Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menggesa kededua Washington dan Beijing supaya menyatakan objektif dasar luar mereka di Asia memandangkan Amerika Syarikat kini di bawah pentadbiran baru.

Berucap di Persidangan Keselamatan Munich semalam, Dr Ng berkata cara Amerika dan China saling berhubungan serta bersama negara Asia yang lain, akan mempunyai kesan besar ke atas kestabilan Asia Pasifik, termasuk di Timur Asia, Semenanjung Korea, dan Asia Tenggara, lapor akhbar The Straits Times.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun