Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen galak Amerika terus kerjasama tangani cabaran silang negara

Dec 08, 2019 | 06:28 PM



HUBUNGAN keselamatan erat yang dibina Singapura dengan Amerika Syarikat adalah berasaskan dasar keterbukaan kepada idea dan didorong oleh sistem global yang "membebaskan, menyatukan, (inklusif) dan memperkaya, dan bukan yang memecahbelah serta memiskinkan".



Demikian menurut Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, semasa berucap di Forum Pertahanan Nasional Reagan (RNDF) ke-7 di Simi Valley, California.



Dr Ng turut menggalak Amerika agar terus bekerjasama bagi menangani cabaran silang negara seperti perubahan pada sistem kewangan dan perdagangan, pengaturan keselamatan serta menangani keganasan dan perubahan iklim bersama.





Beliau berada di negara itu dari 6 Disember hingga hari ini (Ahad, 8 Dis) untuk menghadiri RNDF, menurut satu kenyataan  Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.





Dalam forum itu, Dr Ng telah berucap mengenai topik 'Mempertingkat Pertahanan Negara Amerika: Bekerjasama dengan Sekutu dan Rakan Kongsi' bersama Menteri Pertahanan Sweden Peter Hultqvist, Setiausaha Rendah Pertahanan Dasar Amerika John Rood, dan bekas Setiausaha Rendah Pertahanan Dasar Amerika Michele Flournoy.





Dalam ucapannya, Dr Ng mengesahkan kerjasama pertahanan erat antara Singapura dengan Amerika serta pentingnya  kehadiran berterusan Amerika di rantau ini.





Beliau juga memetik pembaharuan Memorandum Persefahaman 1990 tentang Penggunaan Kemudahan di Singapura oleh Amerika oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan Presiden Donald Trump pada 23 September 2019.





Dalam kenyataan itu, Mindef berkata Dr Ng turut mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dan bertemu mantan Setiausaha Pertahanan Amerika James Mattis, Penasihat Keselamatan Nasional Robert O'Brien serta pegawai Senat, Kongres dan pertahanan yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >