Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen: Kerjasama pelbagai pihak perlu bagi bentuk masa depan, elak konflik

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



KERJASAMA dan sepersetujuan dalam kalangan sekutu dan juga pihak yang tidak saling bersetuju diperlukan untuk membolehkan pemimpin dan pengamal dalam bidang teknologi pertahanan membentuk masa depan dan mengelak daripada konflik atau sekurang-kurangnya mengurangkan kehilangan nyawa orang awam, kalau bukan nyawa anggota tentera.



Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata demikian semasa membuka tirai Sidang Puncak Teknologi Pertahanan Singapura Ketiga malam tadi.



Dalam ucapannya, beliau berkata usaha mencari penstabil dalam era gangguan teknologi ini harus melibatkan kerjasama.



"Negara harus bersatu membangunkan rangka kerja untuk membimbing kelakuan dan hasil dalam ruang digital, siber, kecerdasan buatan (AI) dan domain baru lain.



"Kita harus terus menyokong usaha di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membangunkan rangka kerja - sama ada dalam pelaksanaan undang-undang antarabangsa atau memupuk norma dan prinsip - untuk mengukuhkan aturan antarabangsa," kata Dr Ng, sambil menambah Singapura juga akan memainkan peranannya untuk meningkatkan keamanan dan kestabilan di ruang siber.



Sementara itu, beliau berkata negara juga boleh melaksana aturan berbilang hala untuk menangani cabaran kolektif.



Cabaran itu termasuk risiko penggunaan AI secara tidak bertanggungjawab dalam aplikasi tentera.



Dr Ng berkata sidang puncak itu juga diharapkan dapat menjadi wadah dan pemangkin bagi industri, akademia dan pemerintah membina kerjasama baru dan mencapai hasil yang baik.



Menurutnya, masyarakat teknologi pertahanan harus berbincang tentang bagaimana dan apakah peraturan yang harus memerintah ruang digital.



"Keperluan bagi rangka kerja untuk membimbing kelakuan negara dan komersial dalam ruang siber, AI, data besar dan domain baru yang lain kini menjadi lebih penting.



"Sepersetujuan tidak mudah dicapai tetapi perusahaan dan negara harus mula berbincang tentangnya," kata Dr Ng.



Tambahnya, sedang khidmat udara, darat dan laut menjalankan latihan untuk meningkatkan keupayaan saling kendali, saling membina keyakinan dan persefahaman, khidmat bukan kinetik juga harus turut melakukan demikian.



"Ruang siber merupakan satu bidang yang kita harus labur dengan pesat dan bangunkan untuk membawa nilai kepada pertahanan negara," ujar Dr Ng.



Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) misalnya telah menubuhkan Pasukan Bertindak Keselamatan Siber (CSTF) yang menyatukan pelbagai unit siber dalam Kementerian Pertahanan (Mindef) dan SAF bagi arahan dan kawalan operasi keselamatan siber yang berpusat dalam seluruh sektor pertahanan.



Sidang Puncak Teknologi Pertahanan Singapura tahun ini berlangsung dari semalam hingga lusa, dengan dihadiri lebih 800 peserta termasuk pemimpin pemikir dari 23 negara.



Acara itu berlangsung secara hibrid, dengan 100 peserta menghadirinya secara fizikal.



Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi Heng Swee Keat akan menyampaikan ucapan dasar di sidang puncak itu esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >