MAKLUMAT kewangan berkaitan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC) didedahkan Kementerian Pembangunan Negara (MND) kerana ia mencetus keprihatinan awam dan penduduk perlu tahu wang mereka sedang dikendalikan dengan sebaik-baiknya, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.
Isu kewangan dan pentadbiran AHPETC menerima sorotan selepas MND mendakwa agen pengurusan yang lantik AHPETC mengaup keuntungan berlebihan daripada kontrak yang diberikan majlis bandaran yang dikendalikan Parti Pekerja (WP) itu.