Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen lawat Saudi, hadiri Pameran Pertahanan Dunia

Mar 08, 2022 | 08:55 PM



MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen,  berada di Riyadh, Arab Saudi dari Isnin hingga Rabu (7–9 Mac) untuk menghadiri  Pameran Pertahanan Dunia (WDS) 2022 yang julung kali diadakan.

Di sana, beliau turut menemui syarikat dari Singapura yang menyertai pameran itu, menurut satu kenyataan Kementerian Pertahanan pada Selasa (8 Mac).

Dianjurkan Pihak Berkuasa Am Arab Saudi bagi Industri Ketenteraan serta disokong  Kementerian Pertahanan Saudi, WDS ialah acara pertahanan masa depan yang mempamerkan perkembangan teknologi terkini daripada peserta dari seluruh dunia, di samping Wawasan 2030 yang bertujuan  menjadikan   Saudi satu masyarakat bersemangat tinggi  dan maju.





Awal Selasa,  Dr Ng bertemu mantan  Ketua Pengarah Direktorat Perisikan Am Arab Saudi dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Pengajian Islam Yayasan Raja Faisal (KFCRIS),  Putera Turki Al Faisal Al Saud.

Semasa pertemuan mereka, Dr Ng dan Putera Turki  Al Faisal  menegaskan semula hubungan dua hala yang baik dan mesra  antara Singapura dengan  Saudi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >