Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Setempat

ISU RUANG UDARA-LAUT S’PURA-MALAYSIA

Eng Hen: Lebih baik cari huraian secara berdamai

Jan 21, 2019 | 05:30 AM

ADALAH lebih baik menghuraikan sebarang pertikaian, seperti yang berhubung isu kelautan dan ruang udara antara Singapura dengan Malaysia, menerusi rundingan secara damai, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

"Perkara paling penting yang diperoleh sejak beberapa minggu lalu, apabila kapal kerajaan Malaysia memasuki perairan Singapura di Tuas, serta keadaan di Seletar dan isu tentang ruang udara, adalah kita telah mengelak saling bertumbukan," kata Dr Ng, bercakap kepada media di acara kemasyarakatan di Bishan semalam.

"Adalah lebih baik menghuraikan pertikaian menerusi perbincangan dan rundingan secara damai," tambah beliau.

Menurut Dr Ng, agensi keselamatan di Singapura kekal berjaga-jaga sementara perbincangan berlangsung antara kededua negara itu.

"Saya rasa kita sedang melangkah ke hadapan. Seperti yang anda tahu, Menteri Pengangkutan dan Menteri Ehwal Luar dan pegawai (Malaysia) sedang berunding," kata Dr Ng.

"Pada masa yang sama, agensi keselamatan (Angkatan Tentera Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team) sentiasa berjaga-jaga."

Singapura dan Malaysia, sejak akhir tahun lalu, terlibat dalam pertikaian tentang ruang udara dan sempadan kelautan.

Malaysia mendakwa prosedur dan sistem pendaratan instrumen (ILS) - yang ingin diperkenalkan Singapura bagi Lapangan Terbang Seletar - menjejas pembangunan pelabuhan Pasir Gudang di Johor, sesuatu yang disangkal Singapura.

Oktober lalu, Malaysia, secara sepihak, melanjutkan had pelabuhan Johor Bahru ke perairan yang dimiliki Singapura di Tuas, dengan beberapa kapal kerajaan Malaysia mencerobohi perairan itu.

Menekankan lagi hujahnya di Parlimen baru-baru ini, Dr Ng berkata agensi keselamatan di Singapura sedang bertindak secara terkawal dan kini, diplomat dari kededua negara perlu mencapai huraian yang membina.

"Kita akan serahkan kepada MFA. Kededua negara telah menyatakan pandangan mereka, justeru, kita biarkan diplomat dan pegawai berbincang dan mencapai kedudukan membina yang saling menghormati kededua negara, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan yang membenarkan kededua pihak makmur," kata Dr Ng.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian