Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Eng Hen: PCG, RSN ambil tindakan segera apabila Menteri Besar Johor masuk perairan S'pura

Jan 15, 2019 | 05:44 PM

KEJADIAN seperti pencerobohan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, ke perairan Singapura baru-baru ini bersifat provokatif dan menambah ketegangan, selain bercanggah dengan dasar rasmi yang diutarakan kerajaan Malaysia, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen hari ini (15 Januari).

Tambahnya, agensi keselamatan Singapura telah mengesan pergerakan rombongan Datuk Osman dari awal lagi, apabila jumlah kapal kerajaan Malaysia di perairan Singapura bertambah daripada dua kepada lima ketika itu.

“Kapal Polis Pengawal Pantai (PCG) dan Tentera Laut Singapura (RSN) bertindak segera terhadap provokasi ini, sebagaimana yang mereka perlu lakukan,” ujarnya di Parlimen semalam.

Dr Ng berkata Singapura juga berupaya bertindak dan mengusir kapal kerajaan Malaysia dari perairannya.

Namun, agensi keselamatan negara ini telah diarah bertindak secara terkawal dan mengelak daripada menambah ketegangan agar tidak menjejas perbincangan yang membina serta huraian pertikaian itu secara aman.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3