Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN 2018

Eng Hen: Pelaburan besar dalam SAF tingkat kestabilan S'pura

Mar 03, 2018 | 05:30 AM



PELABURAN besar yang dilakukan pemerintah sebelum ini dalam membangunkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan membolehkan Singapura mengekalkan perbelanjaan pertahanan secara stabil.



Ini sedangkan negara-negara serantau terus menambah perbelanjaan pertahanan mereka bagi menangani pelbagai ancaman keselamatan.



Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen berkata, Singapura kini perlu mengutamakan dan memaksimumkan penggunaan sumber seperti melabur dalam teknologi baru.



Teknologi ini termasuk menara pemantauan tanpa askar, kapal tanpa pemandu dan dron untuk mengendalikan penilaiain kerosakan landasan.



Menurut Dr Ng, Kementerian Pertahanan (Mindef) seharusnya mengekalkan perbelanjaan pada kadar sejajar dengan inflasi - sekitar 3 peratus atau 4 peratus setiap tahun.



"Dalam sedekad seterusnya, Mindef tidak melihat kenaikan mendadak dalam perbelanjaan pertahanan. Keadaan mungkin berubah jika berlaku keadaan kecemasan atau senario yang tidak dijangka," katanya semasa berucap membahaskan belanjawan kementeriannya.



Membuat perbandingan, Dr Ng berkata dalam dekad yang sudah, lain-lain negara Asean telah meningkatkan perbelanjaan untuk memodenkan keupayaan pertahanan. Perbelanjaan pertahanan Singapura mengikut rentak perbelanjaan Asean sehingga 2006.



Perbelanjaan pertahanan - sebagai peratusan perbelanjaan pemerintah - telah merosot dengan agak besar dalam sedekad lalu kepada sekitar 19 peratus pada 2017 berbanding sepertiga daripada keseluruhan perbelanjaan pemerintah.



"Jurang antara perbelanjaan Singapura berbanding negara-negara Asean yang lain semakin melebar, namun Singapura tidak perlu meningkatkan perbelanjaan pertahannya secara radikal untuk mengikut rentak mereka," ujarnya.



Dr Ng menerangkan, ini hasil komitmen selama berdekad lamanya oleh generasi sebelum ini dalam kededua sumber kewangan serta sokongan bagi perkhidmatan negara dan SAF yang telah melahirkan SAF yang kukuh sekarang.



"Hasil daripada komitmen itu jelas dilihat semua - oleh warga Singapura, jiran-jiran kita dan juga di peringkat global - bahawa SAF hari ini berupaya mempertahankan Singapura, namun melebihi itu, SAF yang menyumbang kepada keselamatan global," katanya lagi.



Dalam pada itu, Dr Ng juga menarik perhatian kepada dua pelajaran daripada pengalaman Singapura selain contoh-contoh negatif daripada negara-negara lain yang mencorak pemikiran pemerintah.



"Pertama, masa terbaik untuk bersiap bagi masalah ialah semasa kita menikmati keamanan. Kedua, dalam jangka masa panjang, pelaburan stabil dalam keupayaan ketenteraan mengekalkan keamanan menerusi pencegahan dan hasilnya lebih berkesan. Malah, ia pulangan paling berkesan bagi pelaburan pertahanan," tambah beliau.



Menyentuh ancaman pengganasan, Dr Ng berkata Pusat Latihan Keselamatan Negara SAF dan Pusat Latihan Polis Barisan Depan, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengendalikan latihan bersama secara rutin dan melengkapkan pegawai dengan kemahiran melaksanakan operasi keselamatan.



Di peringkat antarabangsa pula, beliau mengumumkan lebih ramai askar akan dikerah ke Iraq lewat tahun ini untuk membantu melatih Pasukan Keselamatan Iraq.



Berhubung serangan siber pula, Dr Ng berkata pemimpin kanan Mindef dan SAF telah menjadi sasaran penggodam yang menghantar e-mel mengandungi sofwe penceroboh yang dikirimkan penggodam bebas termasuk yang didalangi pemerintah dan bukan-pemerintah.



"Mereka tidak berjaya, namun akan terus mencuba," katanya.



Besetuju dengan saranan beberapa Anggota Parlimen (AP) untuk memupuk penggunaan teknologi baru bagi mengatasi keterbatasan Singapura, Dr Ng memberi contoh Menawar Pemantauan tanpa Askar yang boleh beroperasi sepanjang hari dalam setiap keadaan cuaca.



Jumlah askar yang diperlukan untuk melakukan tugas tersebut juga dikurangkan sebanyak sepertiga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >