Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen: Pembangunan SAF penting walau berdepan dengan Covid-19

Pasukan tentera generasi akan datang dapat manfaatkan teknologi baru
Jul 01, 2021 | 05:30 AM



PENTING bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk tidak hilang tumpuan terhadap pembangunannya meskipun berdepan dengan pandemik Covid-19.



Berkata demikian sewaktu wawancara sempena Hari SAF, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen turut menekankan bahawa peralihan menjadi angkatan pertahanan generasi akan datang sedang berjalan dengan lancar.



"Walaupun kita berdepan dengan Covid-19, kita ingin memastikan bahawa SAF terus berkembang," tegas Dr Ng.



Menjelaskan lanjut, beliau berkata tentera Singapura sentiasa berkembang untuk membangun dan mengekalkan kemampuan operasi bagi menangani cabaran dan ancaman keselamatan yang sedang dihadapi Singapura.



Pasukan tentera generasi seterusnya akan memanfaatkan perkembangan teknologi ini agar dapat menguruskan maklumat dengan lebih baik selain melaksanakan tindak balas tegas untuk keberkesanan operasi sepenuhnya.



Dalam hal ini, SAF akan bekerja rapat dengan Masyarakat Teknologi Pertahanan dan rakan industri untuk menyepadukan dan meningkatkan kemampuannya.



Ini demi memastikan SAF dilengkapkan dengan kepakaran untuk menangani pelbagai ancaman yang semakin meningkat sekali gus melindungi kepentingan dan keselamatan negara.



Selain dari pencapaian Gabungan Divisyen Bersenjata (CAD) generasi ketiga mencapai tahap keupayaan operasi penuh, penubuhan ibu pejabat 'Sense and Strike' (HQ SS) juga merupakan antara langkah pertama menuju ke arah menjadi pasukan pertahanan generasi akan datang.



HQ SS dibentuk untuk mendalami lagi kecekapan mengesan dan menyerang SAF di bawah naungan Divisyen Keenam Singapura.



Ketika wawancara bersama media menjelang Hari SAF, Dr Ng turut berkongsi bahawa SAF akan memanfaatkan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), robotik dan analisis data.



Mindef dan SAF akan terus membangunkan dan menggabungkan teknologi baru ini untuk memastikan ia kekal sebagai pasukan tentera yang kuat dan berkebolehan.



Memberi contoh, Dr Ng berkata Mindef dan SAF telahpun melancarkan dan menggunakan platform perawanan, atau 'cloud'.



"Secara keseluruhan, kami akan menggunakan lebih banyak kecerdasan buatan (AI), robotik, analisis data (DA) dan ini semua memerlukan infrastruktur rangkaian baru.



"Kami telah mula melancarkan platform perawanan dengan tiga aplikasi perintis, antaranya menyokong latihan dalam kem (ICT)," kata Dr Ng, sambil menekankan bahawa lebih banyak kerja pentadbiran perlu dilakukan sebelum mereka mampu beralih ke aspek operasi.



Dengan memanfaatkan khidmat perawanan sejak April lalu, ia telah membolehkan anggota SAF mengakses pelbagai perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah, cekap dan intuitif ketika menggunakan aplikasi seperti SafeGuardian yang memanfaatkan teknologi perawanan ini.




"Secara keseluruhan, kami akan menggunakan lebih banyak kecerdasan buatan (AI), robotik, analisis data (DA) dan ini semua memerlukan infrastruktur rangkaian baru. Kami telah mula melancarkan platform perawanan dengan tiga aplikasi perintis, antaranya menyokong latihan dalam kem (ICT)."
- Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >