Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Eng Hen perjelas isu pesawat luar terbang masuk ke ruang udara SG

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



SEKUMPULAN pesawat Tentera Pembebasan Rakyat Angkatan Udara (PLAAF) yang terbang masuk ke Rantau Maklumat Penerbangan Singapura (FIR) pada bulan Mei lalu disifatkan sebagai tidak menimbulkan ancaman udara kepada Singapura, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), pihak berkuasa yang dilantik untuk menguruskan FIR Singapura, tidak menerima sebarang pelan penerbangan daripada PLAAF, mahupun CAAS juga tidak berhubungan dengannya atau sebarang pesawatnya, kata beliau di Parlimen semalam.



Namun, pesawat negara yang termasuk pesawat tentera tidak perlu melakukannya, asalkan mereka terbang dengan menimbangkan keselamatan pesawat lain, katanya.



Dr Ng memberikan respon kepada pertanyaan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) dan Encik Dennis Tan (Hougang).



Pada 1 Jun, Angkatan Udara di Raja Malaysia berkata formasi 16 pesawat pengangkutan daripada PLAAF telah menghampiri pinggiran laut Sarawak di bahagian timur Malaysia pada 31 Mei.



Pesawat China itu mula memasuki FIR ditadbir Singapura, dan kemudian FIR yang ditadbir Malaysia.



China telah menyatakan bahawa PLAAF sedang menjalankan latihan penerbangan rutin dan melakukan "kebebasan lintas udara dalam ruang udara relevan."



Encik Giam bertanya antara lain, sama ada Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah menjejaki penerbangan 16 pesawat PLAAF dan berjaya berhubung dengan mereka.



Encik Tan juga bertanyakan penilaian pemerintah berhubung penerbangan di atas permukaan perairan yang dipertikaikan oleh China dan Malaysia.



Dr Ng berkata soalan yang ditanyakan anggota parlimen "menggabungkan beberapa isu yang mungkin menimbulkan salah tafsir dan salah faham kecuali jika ia dibezakan secara jelas."



Beliau kemudian menyatakan beliau akan menangani tiga isu berasingan tetapi berkaitan.



Pertama, Singapura menghormati hak pesawat dan kapal tentera untuk menjalankan latihan dan laluan melepasi ruang dan perairan sejajar dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982, kata Dr Ng.



Ini merupakan asas bagi penerbangan dan latihan yang dijalankan RSAF serta latihan dua hala dan berbilang negara di Laut China Selatan, tambahnya.



Kedua, Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa melantik pihak berkuasa awam untuk menguruskan ruang udara setiap FIR dan pihak berkuasa dikhususkan sebagai pihak berkuasa khidmat trafik udara.



Ketiga, Dr Ng berkata sedang Singapura merupakan sebuah negara kecil dengan penduduk yang ramai, dan justeru lebih terdedah kepada ancaman udara, angkatan udarannya mengekalkan unit pertahanan udara pada paras yang tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >