MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menyarankan semalam angkatan tentera rantau ini bekerjasama dalam bahagian keselamatan bukan tradisional, seperti bantuan kemanusiaan dan bencana alam.
Ini kerana respons ketenteraan bagi bencana awam, seperti misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, kian meningkat sejak beberapa tahun lalu, katanya semasa berucap di Forum Putrajaya Ketiga di Kuala Lumpur.