Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Eng Hen sertai upacara Mindef dan SAF

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

UPACARA MEMPERINGATI HARI KEBANGSAAN

Eng Hen sertai upacara Mindef dan SAF

Aug 07, 2021 | 05:30 AM

MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menyertai kakitangan daripada Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam satu Upacara Memperingati Hari Kebangsaan semalam.

Dalam upacara yang diadakan di alam maya itu, Dr Ng berserta 3,000 kakitangan Mindef dan SAF menyanyikan lagu kebangsaan dan melafazkan ikrar negara.

Turut hadir di upacara itu ialah Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How dan Encik Zaqy Mohamad; Setiausaha Tetap (Pertahanan), Encik Chan Heng Kee; Panglima Ankatan Tentera, Leftenan-Jeneral Melvyn Ong dan Setiausaha Tetap bagi Pembangunan Pertahanan, Encik Joseph Leong.

Upacara itu dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh sayap seni SAF, Kompeni Muzik dan Tarian, yang menonjolkan tema Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, 'Bersama-sama, Semarakkan Semangat Singapura Kita'.

Persembahan yang dirakam terlebih dahulu itu merangkumi nyanyian lagu Hari Kebangsaan dan masyarakat serta tayangan perjalanan Singapura sewaktu era berbeza.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3