Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen: Singapura hormat kedaulatan Indonesia

Sep 30, 2015 | 09:50 AM



SINGAPURA menghormati kedaulatan Indonesia berkaitan kawalan ruang udara, kawasan latihan di Laut China Selatan dan juga krisis jerebu semasa, yang Singapura telah tawar untuk membantu menyelesaikan.


Itulah mesej utama yang Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen, sampaikan kepada rakan sejawatannya dari Indonesia, Encik Ryamizard Ryacudu, dan Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan, Encik Luhut Panjaitan, dalam perbincangan peringkat tinggi mereka pada Isnin (28 Sep) di Jakarta.


"Kami telah mengadakan mesyuarat sangat baik dan kedua-dua pihak bersetuju mengenai dasar hubungan jangka panjang kita... berdasarkan saling menghormati dan menghormati kedaulatan dan kesejahteraan satu sama lain," kata Dr Ng kepada akhbar The Straits Times pada Selasa, pada akhir lawatan beliau ke Jakarta.


Dr Ng memberitahu kedua-dua menteri beliau tahu tentang komen oleh pegawai Indonesia mengenai Kawasan Maklumat Penerbangan (FIR), yang dikawal Singapura bagi pesawat berlepas dan mendarat serta lintas udara (penerbangan di ruang udara sesebuah kawasan, terutama wilayah negara asing) di rantau ini.


Tentera Udara Indonesia baru-baru ini mengadu tentang kegiatan ketenteraan Singapura di ruang udara Kepulauan Riau.


Ia berkata perjanjian ketenteraan dua hala yang membolehkan kegiatan tersebut telah tamat pada 2001 dan tidak pernah diperbaharui kerana bantahan oleh penggubal undang-undang Indonesia dan kebimbangan mengenia kedaulatan negara itu.


Dr Ng, bagaimanapun, berkata beliau cuba memberi jaminan kepada Indonesia bahawa tiada pertikaian dari sudut pandangan Singapura bahawa negara ini menghormati kedaulatan Indonesia berkenaan FIR, latihan oleh Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan krisis jerebu.


Singapura mengawal penerbangan di ruang udara di atas beberapa kawasan di Riau sejak 1946, dan Dr Ng berkata perjanjian yang ada sekarang diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.


"Berkaitan latihan RSAF, saya berusaha menjelaskan kepada mereka bahawa latihan penerbangan kita... mematuhi sepenuhnya perjanjian antarabangsa, khususnya Unclos," kata beliau, merujuk kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut.


Beliau menambah bahawa RSAF telah menjalani latihan di Laut China Selatan sejak 1960-an - sebelum Unclos disahkan oleh negara-negara seperti Singapura dan Indonesia.


"Dan sebelum kita mengesahkan perjanjian Unclos, kita sangat berhati-hati untuk memastikan bahawa latihan kita di Laut China Selatan akan dikekalkan apabila kita menandatangani perjanjian itu," katanya.


"Oleh itu, kita menghormati sepenuhnya kedaulatan mereka tetapi mesej keseluruhan ialah hubungan kita dengan Indonesia adalah hubungan yang telah lama terjalin.


"Kita telah mendapat manfaat daripada satu sama lain... sejak beberapa dekad lalu kerana ada sikap hormat-menghormati dan menghormati kedaulatan serta kesejahteraan satu sama lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >