Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Eng Hen: S'pura pilih respons terkawal tangani pencerobohan kapal M'sia

Agensi keselamatan Singapura telah mengesan pencerobohan rombongan Menteri Besar Johor Osman Sapian dari awal
Jan 16, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA berkeupayaan untuk bertindak dan mengusir kapal kerajaan Malaysia dari perairannya.



Namun agensi keselamatan negara ini telah diperintah supaya bertindak secara terkawal untuk mengelak ketegangan yang boleh menjejas rundingan membina bagi mencapai huraian tenang bagi pertikaian sempadan laut antara Singapura dengan Malaysia, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, di parlimen semalam.



Kata Dr Ng, insiden seperti pencerobohan oleh Menteri Besar Johor ke perairan Singapura baru-baru ini adalah 'provokatif dan menambah ketegangan', dan bercanggah dengan dasar rasmi yang diutarakan kerajaan Malaysia.



"Ketegangan dan risiko bertambah semasa insiden ini," kata Dr Ng, yang berkata agensi keselamatan Singapura telah mengesan gerakan rombongan MB Johor Datuk Osman Sapian dari awal lagi.



Jumlah kapal kerajaan Malaysia di perairan Singapura pada tempoh itu bertambah daripada dua kepada lima, menurutnya.



"Kapal Polis Pengawal Pantai (PCG) dan Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN) bertindak segera kepada provokasi ini, sebagaimana yang mereka perlu lakukan.



"Justeru, jumlah keseluruhan kapal di kawasan itu bertambah lebih seganda.



"Provokasi seperti ini tidak membantu untuk menghuraikan pertikaian dan boleh menyebabkan insiden yang boleh menjejas hubungan dua hala secara berkekalan," kata Dr Ng, menjawab soalan yang diajukan oleh Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Encik Dennis Tan tentang tindakan yang diambil agensi keselamatan Singapura untuk mencegah kapal kerajaan Malaysia daripada memasuki perairan Singapura.



Oktober lalu, Malaysia secara sepihak melanjutkan had pelabuhan Johor Baru yang kini mencerobohi perairan Singapura di Tuas.



Sejak November, kapal kerajaan Malaysia, setiap hari, telah menceroboh perairan Singapura itu, walau Kementerian Ehwal Luar Malaysia telah berkata ia akan mengambil 'semua tindakan berkesan' untuk mengurangkan ketegangan di kawasan itu.



Kelmarin, Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, menyampaikan kenyataan menteri di parlimen, bagi membentangkan pendirian Singapura tentang beberapa pertikaian yang wujud dengan Malaysia, termasuk isu sempadan kelautan.



Kata Dr Vivian, pelanjutan had pelabuhan Malaysia melebihi sempadan perairan yang dituntutnya pada 1979 - sesuatu yang ditolak secara konsisten oleh Singapura. Beliau juga berkata Singapura telah sekian lama mempertahankan kedaulatannya dan meronda perairan itu tanpa sebarang bantahan dari Malaysia.



Kata Dr Ng:



"Rekod awam menunjukkan Singapura telah melaksanakan bidang kuasanya ke atas Tuas tanpa sebarang bantahan dari Malaysia sehingga 25 Oktober tahun lalu.



"Justeru, PCG, RSN dan Penguasa Pelabuhan Kelautan (MPA) akan terus mempertahankan kedaulatan Singapura di perairan Tuas dan perairan dalam had pelabuhan Singapura."



"Agensi keselamatan kita melaksanakan amanah operasi secara profesional," kata Dr Ng, yang menambah bahawa kakitangan keselamatan Singapura berulang kali menggesa kapal kerajaan Malaysia keluar dari perairan Singapura sejak 3 Disember.



"Kita akan sentiasa berbuat demikian kerana kewujudan mereka (kapal kerajaan Malaysia di perairan Singapura) tidak memperkukuh sebarang tuntutan Malaysia dan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini dan yang dikesali, katanya.




"Pencerobohan oleh Menteri Besar Johor (Osman Sapian) ke perairan Singapura baru-baru ini adalah 'provokatif dan menambah ketegangan', dan bercanggah dengan dasar rasmi yang diutarakan kerajaan Malaysia. Ketegangan dan risiko bertambah semasa insiden ini. Kapal Polis Pengawal Pantai (PCG) dan Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN) bertindak segera kepada provokasi ini, sebagaimana yang mereka perlu lakukan. Justeru, jumlah keseluruhan kapal di kawasan itu bertambah lebih seganda. Provokasi seperti ini tidak membantu untuk menghuraikan pertikaian dan boleh menyebabkan insiden yang boleh menjejas hubungan dua hala secara berkekalan."
- Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >