Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Episod #NoTapis hapus salah tanggap mengenai vaksin

Ingin galak lebih ramai warga emas dapatkan vaksin
Jul 06, 2021 | 05:30 AM



"NAK vaksin buat apa, kita dah tua memang duduk rumah saja!"



Ini mungkin antara 'alasan' yang didengarkan dari warga emas apabila ditanya mengapa mereka belum lagi menerima vaksin Covid-19.



Selain itu, keprihatinan berkaitan risiko, kesan sampingan dan komplikasi yang mungkin berlaku juga turut menjadi sebab mengapa mereka teragak-agak untuk disuntik.



Namun, warga emas perlu ingat bahawa vaksinasi bukan sahaja melindungi diri mereka, yang lebih mudah dijangkiti, tetapi juga sebagai tanggungjwab sosial terhadap orang sekeliling.



Menekankan demikian dalam sesi rakaman podcast#NoTapis baru-baru ini, doktor keluarga yang mengendalikan Banyan Clinic, Dr Elly Sabrina Ismail berkata ramai warga emas yang mempersoalkan mengapa mereka perlu mendapatkan vaksin tersebut meskipun sering duduk di rumah.



"Ramai warga emas fikir, kita tak keluar rumah, tak keluar negeri, buat apa nak vaksin? Tapi kadang-kadang kita lupa, warga emas ini selalunya jaga cucu, terima kunjungan dan lawatan dari anak-anak dan tetamu yang ada kalanya boleh membawa kuman pulang ke rumah.



"Pada masa yang sama, warga emas juga perlu ingat bila mereka menerima vaksin, mereka dapat lindungi orang sekeliling, terutama sekali cucu mereka yang kurang dari 12 tahun, kerana golongan ini belum boleh menerima vaksin," tambahnya.



Sesi podcast yang dihoskan koresponden Berita Harian Atiyyah Mohd Said dan Norman Sawi itu turut disertai dua warga emas yang telah menerima suntikan vaksin tersebut dan telah berkongsi pengalaman serta nasihat.



Salah seorang daripadanya adalah selebriti dan pelawak setempat, Husin Saaban, yang merupakan antara golongan awal menerima vaksin.



Menurutnya, terkadang desas-desus serta khabar angin yang didengar dari orang sekeliling memang bertujuan untuk menakut-nakutkan, tetapi warga emas tidak boleh mempercayai apa sahaja yang didengar seratus peratus.



"Kita jangan mudah terpengaruh. Sebaliknya, perlu tengok dan baca tentang orang-orang yang menderita, sengsara, sesak nafas bila terkena Covid-19, tengok mayat yang bergelimpangan gara-gara virus ini.



"Ini yang seharusnya membuat kita rasa bertuah dan bersemangat (untuk menerima suntikan vaksin)," ujarnya.



Beliau turut menambah, mereka yang layak seharusnya rasa bersyukur kerana ada golongan yang sedih kerana tidak layak menerima vaksin tersebut.



Menurut Dr Elly, ini biasanya disebabkan beberapa faktor termasuk alahan pada vaksin Covid-19 itu sendiri, alahan pada vaksin lain ataupun daya tahan imuniti yang kurang.



Justeru itu, penting bagi mereka yang layak untuk mendapatkan suntikan perlindungan demi membentuk imuniti kelompok yang kukuh.



"Untuk itu, orang sekeliling mereka yang tak layak terima vaksin dan juga anggota masyarakat secara amnya mempunyai tanggungjawab sosial untuk dapatkan vaksin dan pastikan imuniti kelompok tinggi.



"Bila lebih ramai mempunyai perlindungan, virus tak dapat 'loncat' dari satu orang ke orang lain dan ini dapat mengawal penularan," tambahnya.



Cik Salmah Hassan, seorang suri rumah 71 tahun turut menggesa warga emas yang lain untuk mendapatkan vaksinasi secepat mungkin untuk melindungi diri dan keluarga.



Cik Salmah, yang telah menerima kededua dos suntikan vaksin bersama-sama dengan suami, berkata: "Saya nasihatkan semua untuk cepat-cepat dapatkan vaksin ini, jangan sampai dah terkena seorang anggota keluarga dan berjangkit.



"Lebih baik buat apa yang diperlukan, mana tahu nanti boleh pergi makan angin!"




"Ramai warga emas fikir, kita tak keluar rumah, tak keluar negeri, buat apa nak vaksin? Tapi kadang-kadang kita lupa, warga emas ini selalunya jaga cucu, terima kunjungan dan lawatan dari anak-anak dan tetamu yang ada kalanya boleh membawa kuman pulang ke rumah."
- Dr Elly Sabrina Ismail.




IKUTI PERBINCANGAN INI





Ikuti podcast ini di Spotify, beritaharian.sg atau imbas kod QR yang disertakan






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >