Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Erat ikatan kaum menerusi kem bola sepak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Erat ikatan kaum menerusi kem bola sepak

Jun 22, 2022 | 05:30 AM

MEMUPUK ikatan serta persefahaman lebih erat mengenai kaum dan budaya masing-masing.

Inilah matlamat yang ingin dicapai satu khemah bola sepak anjuran Persatuan Serani dengan kerjasama dengan Sinda dan Yayasan Mendaki.

Hingga 33 kanak-kanak daripada tiga badan bantu diri ini turun padang di Sekolah Bola Sepak LCS mulai semalam hingga esok.

Kem bola sepak ini bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur tujuh hingga 12 tahun daripada berlainan kaum untuk meningkatkan kemahiran bola sepak mereka dalam persekitaran yang seronok, selamat dan inklusif dengan dibimbing jurulatih dari kelab bola sepak Liga Perdana Singapura, Lion City Sailors.

Diadakan buat julung-julung kalinya, Presiden Persatuan Serani, Cik Sandra Theseira, berkata objektif utama khemah ini adalah untuk menerapkan unsur kepelbagaian budaya Singapura di kalangan para peserta.

"Saya rasa amat gembira sekali dapat menyaksikan kanak-kanak berlainan kaum bermain bola sepak tanpa mengira warna kulit mereka," katanya sambil melihat para peserta menjalani sesi latihan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, menambah:

"Mendaki akan terus bekerja rapat dengan rakan kami untuk mencipta peluang sedemikian dalam penyampaian program kami."

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lion City Sailors, Encik Chew Chun-Liang, berharap para peserta dapat meraih kemahiran hidup seperti kerja sepasukan dan ketabahan melalui sukan bola sepak.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3