Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ERP di CTE naik, di MCE turun susuli kajian semula

Jul 25, 2016 | 03:17 PM



KADAR Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) bagi gantri di Ekspreswe Central (CTE) arah ke utara akan naik 50 sen antara 6 petang dan 8 malam mulai Isnin (1 Ogos).



Kenaikan itu ialah bagi dua gantri di CTE arah ke utara selepas Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).



Bayaran itu akan naik daripada 50 sen kepada $1 antara 6 petang dan 6.39 petang, dan antara 7.30 malam dan 8 malam.



Ia akan meningkat daripada $1.50 sen kepada $2 antara 6.30 petang dan 7.30 malam.



Bagaimanapun, kadar di dua gantri di Ekspreswe Marina Coastal (MCE), arah ke Barat sebelum keluar ke Maxwell Road dan di jalan susur keluar ke Marina Coastal Drive, akan dikurangkan $1 daripada $3 antara 7.30 pagi dan 8 pagi.



Perubahan ini dibuat selepas kajian semula suku tahunan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) ke atas keadaan lalu lintas di jalan raya dan lebuh raya yang mempunyai ERP.



Kadar ERP bagi masa dan gantri lain kekal tidak berubah.



Kajian semula ERP seterusnya akan dijalankan pada November 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >