KADAR Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di lima gantri akan meningkat sebanyak $1 mulai 1 Februari, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (25 Jan).
Kadar satu set tiga gantri - selepas Jurong Town Hall Road arah ke bandar - di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) akan diselaras semula dari 8.30 hingga 9.30 pagi.
Dengan pelarasan baru itu, kadar ERP dari 8.30 hingga 9 pagi ialah $3, manakala dari 9 hingga 9.30 pagi sebanyak $2.
Dua lagi gantri yang terjejas ialah di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) di Adam Road dan Mount Pleasant Road.
Kadar ERP di dua gantari itu ialah $1 dari 9 hingga 9.30 pagi.
LTA berkata kadar yang diubah itu menyusuli kajian suku tahunan keadaan lalu lintas di jalan raya dan ekspreswe yang mempunyai ERP.
Kajian ERP seterusnya pada 20 Mei.