Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ERP di tujuh lokasi naik $1 mulai 3 April

LTA: Tujuan kurangi sesak yang dikesan di beberapa bahagian ekspreswe terlibat
ERP
Mar 29, 2023 | 05:30 AM



KADAR Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di tujuh lokasi akan dinaikkan sebanyak $1 mulai 3 April bagi mengurangkan kesesakan.



Berdasarkan pemantauan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) ke atas keadaan lalu lintas pada Februari, kesesakan trafik dikesan di beberapa bahagian ekspreswe, kata LTA dalam satu kenyataan pada Selasa.



Lanjutan daripada pemantauan itu, kadar ERP akan dinaikkan dalam 16 tempoh masa.



Lokasi terjejas ialah:



- Ekspreswe Ayer-Rajah (AYE) selepas Jurong Town Hall menuju ke bandar



- Ekspreswe Central (CTE) menghala ke selatan sebelum Braddell Road



- CTE menghala ke selatan selepas Braddell Road dan jalan susur Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menuju ke CTE menghala ke selatan



- Lorong tambah CTE menghala ke selatan menuju ke PIE (Changi)/Serangoon Road;



- PIE (Adam dan Mount Pleasant);



- Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) (East Coast Parkway) selepas Jejambat Defu



- PIE menghala ke barat sebelum Eunos.



Bagi set tiga gantri di AYE selepas Jurong Town Hall arah ke bandar, pemandu perlu membayar $2 dari 7.30 pagi hingga 8 pagi mulai 3 April, dan $1 dari 9.30 pagi hingga 10 pagi.



Bagi gantri di CTE menghala ke selatan sebelum Braddell Road, pemandu perlu membayar $2 dari 7 pagi hingga 8 pagi, naik daripada $1 sekarang.



Sementara itu, bayaran bagi empat gantri di CTE menghala ke selatan selepas Braddell Road dan jalan susur PIE menghala ke arah CTE menuju ke selatan akan diselaraskan pada $2 dari 7.30 pagi hingga 8 pagi, dan $4 dari 8 pagi hingga 8.30 pagi.



Bagi gantri di lorong tambah CTE menghala ke selatan menuju ke PIE (Changi)/Serangoon Road, pemandu dikenakan bayaran $2 dari 7.30 pagi hingga 8 pagi, dan $5 dari 8.30 pagi hingga 9 pagi.



Dalam pada itu, bayaran bagi dua gantri di PIE (Adam dan Mount Pleasant) ialah $2 dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, naik daripada $1 sekarrang.



Bagi gantri di KPE (ECP) selepas Jejambat Defu, pemandu perlu membayar $1 dari 7 pagi hingga 7.30 pagi, $5 dari 8.30 pagi hingga 9 pagi, $2 dari 9 pagi hingga 9.30 pagi dan $1 dari 9.30 pagi hingga 10 pagi.



Akhir sekali, gantri di PIE menghala ke barat sebelum Eunos akan mengenakan bayaran $1 dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.



Dengan pengubahsuaian itu, bilangan lokasi dan slot masa yang dikenakan bayaran masih lebih rendah daripada jumlah yang dikenakan sebelum pandemik Covid-19, kata LTA.



Kadar ERP kali terakhir diubahsuai pada Februari, apabila tamba-han $1 dikenakan di lima lokasi dalam sembilan slot masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >