Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ERP dikenakan semula pada sebahagian CTE demi elak kesesakan

Jul 21, 2020 | 07:06 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah selesai semakan kedua kadar bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) menyusuli tempoh pemutus litar jangkitan Covid-19.



Sedang kegiatan ekonomi kembali semula, kadar trafik juga bertambah dengan lebih ramai penduduk kembali ke tempat bertugas dan bersekolah. 



Dalam kenyataannya petang ini (Selasa, 21 Julai) , LTA menjelaskan berdasarkan pemantauannya pada keadaan trafik dari hujung Jun hingga awal Julai tahun ini, kadar kelajuan trafik kekal optimal di kesemua jalan utama dan kebanyakan ekspreswe kecuali pada masa tertentu di Ekspreswe Central (CTE).



Sedang lebih ramai orang ke pejabat dan pulang dari pejabat, kadar trafik mula bertambah lagi dari Isnin hingga Jumaat pada waktu sibuk.



Ini menyebabkan kesesakan tertumpu pada lokasi tertentu sepanjang CTE pada tempoh waktu sibuk pagi dan petang.



Bagi mengurus kesesakan di CTE pada waktu sibuk, kadar ERP sebanyak $1 akan dikenakan mulai 27 Julai di gantri khusus di CTE.



Antara lapan dengan 8.30 pagi dan 8.30 pagi dengan sembilan pagi, kadar ERP $1 akan dikenakan di CTE menghala ke selatan sebelum Braddell Road.



Kadar ERP $1 juga dikenakan di CTE menghala ke utara selepas PIE (dua set gantri) antara enam petang hingga 6.30 petang dan 6.30 petang hingga tujuh malam.



Kadar ERP pada tempoh lain di CTE serta di gantri lain akan kekal pada $0 sehingga semakan kadar ERP selanjutnya.



LTA akan terus mengawasi kadar kelajuan trafik dan kesesakan. Sepertimana yang diumumkan sebelum ini, LTA akan mengubah suai kekerapan menyemak kadar ERP bergantung pada situasi yang ada kini.



Mulai putaran semakan selanjutnya, semakan kadar ERP akan dibuat sekali dalam tempoh lima minggu. Keputusan semakan kadar ERP selanjutnya akan diumumkan pada minggu keempat Ogos 2020 dan jika ada semakan sewajarnya, ia akan dilaksanakan mulai 31 Ogos 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >