Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Erti di balik zakat fitrah, harta

May 25, 2019 | 05:30 AM



ERTI di balik zakat fitrah dan zakat harta dan mengapa Muslim wajib mengeluarkan zakat.



Topiknya mungkin berat, namun dalam 'podcast' #NoTapis edisi khas Ramadan Berita Harian, pengacara dan personaliti popular Suhaimi Yusof bersama koresponden akhbar ini Shahida Sarhid akan membincangkan secara santai dan bermakna.



Memimpin topik perbincangan dalam episod keenam 'podcast' itu yang diberi nama Bayar jangan tak bayar ialah pengurus pusat pengajian Al-Quran Al Jazari SG, Ustaz Muhammad Zahil Zakaria.



Ini penampilan pertama Ustaz Zahil dalam #NoTapis.



Lima episod 'podcast' edisi khas Ramadan BH sebelum ini menampilkan pendakwah bebas dan penceramah motivasi Ustazah Liyana Musfirah.



Dalam episod ini, antara lain, Ustaz Zahil mengulas keprihatinan sesetengah anggota masyarakat mengenai kemudahan membayar zakat secara dalam talian.



Menurutnya, kemudahan itu disediakan berdasarkan keperluan dan mengikut edaran zaman.



Namun, pada masa sama, warga yang masih mahu menunaikan zakat secara tradisional di masjid menerusi amil tetap disediakan.



Justeru, bagi mereka yang mempertikai kaedah pembayaran zakat secara dalam talian, Ustaz Zahil mengajak mereka berpandukan nasihat ulama dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang membolehkan perkara tersebut.



Episod penuh Bayar jangan tak bayar boleh dinikmati menerusi pautan https://spoti.fi/2WogdnU.



Orang ramai juga boleh memuatturunkan aplikasi Spotify di telefon bijak.



Taip #NoTapis di ruang pencarian dan ikuti 'podcast' Berita Harian untuk mendengar kesemua enam episod yang telah diterbitkan.



Empat lagi podcast #NoTapis akan disiarkan setiap Isnin, Rabu dan Jumaat di Spotify pada 12 tengah hari.



Selain #NoTapis, sajian podcast BH termasuk Teh Tarik Kurang Manis bersama wartawan Zulaiqah Abdul Rahim dan Bicara bersama wartawan Siti Aisyah Nordin.




SAJIAN PODCAST BERITA HARIAN 



#NoTapis: Edisi khas Ramadan bincang



isu berkaitan puasa dan Hari Raya. Menampilkan personaliti popular Suhaimi Yusof dan koresponden BH Shahida Sarhid sebagai pengacara.



TIGA CARA NIKMATI PODCAST BH



1. Muat turun aplikasi Spotify



2. Cari podcast #NoTapis



3. 'Follow' 'podcast' #NoTapis



PODCAST LAIN BH DI SPOTIFY



- 'Teh Tarik Kurang Manis': Kupas isu secara santai dan terus terang. Kendalian wartawan BH Zulaiqah Abdul Rahim.



- 'Bicara': Bincang isu gaya hidup semasa bersama wartawan BH Siti Aisyah Nordin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >