Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUBAHAN KEPIMPINAN DALAM MUIS

Esa pimpin usaha Muis sesuaikan masyarakat dengan gangguan Covid-19

Ketua Eksekutif turut terajui Pelan Tiga Tahun Muis keenam, selia kerja awal bagi pembentukan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan sejak ambil alih tugas pada 2019
Sep 18, 2021 | 05:30 AM



SEJAK mengambil alih kepimpinan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebagai Ketua Eksekutif pada 2019, Encik Esa Masood telah memimpin usaha Muis membantu menyesuaikan masyarakat dengan gangguan kepada kehidupan sosio-agama akibat pandemik Covid-19.



Malah, Encik Esa, 42 tahun, juga menerajui Pelan Tiga Tahun Muis yang keenam serta menyelia kerja awal bagi pembentukan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa).



Beliau menyertai Muis sebagai Timbalan Ketua Eksekutif pada Oktober 2017 dan kemudian dilantik sebagai Ketua Eksekutif pada 1 Januari 2019.



Sebagai Ketua Eksekutif Muis, cabaran terbesarnya ialah pandemik Covid-19 yang menyebabkan pelbagai gangguan kepada kehidupan sosio-agama masyarakat Muslim setempat, menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) semalam.



Meskipun pelbagai cabaran timbul akibat pandemik ini, Muis menghadapinya dengan membuat penyesuaian dan memberi respons yang inovatif.



"Di bawah kepimpinan teguh Encik Esa, Muis berjaya menyesuaikan diri dan terus memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah, sementara mengalihkan kandungan, amalan dan pendekatan agama kepada ruang digital dan kemudian membolehkan kegiatan keagamaan diadakan semula secara bertahap dan selamat." kata MCCY.



"Encik Esa dan pucuk pimpinan Muis kekal komited menyediakan bimbingan agama berkonteks bagi masyarakat Muslim Singapura, termasuk bimbingan agama yang khusus berkaitan Covid-19."



Dengan keadaan pandemik Covid-19, masyarakat Muslim setempat beralih ke ruang digital kerana ruang fizikal seperti masjid dan kelas agama terpaksa ditutup.



Muis melancarkan wadah digital untuk memenuhi keperluan masyarakat menghadiri khutbah dan kelas agama di masjid.



Muis turut membantu sektor masjid dan asatizah mendakap teknologi digital supaya mereka dapat terus mendekati jemaah, termasuk dengan menyampaikan khutbah Jumaat serta mengendalikan solat sunat Aidilfitri di dalam talian.



Malah menurut MCCY, Encik Esa juga menerajui usaha pendigitalan Muis, yang telah mengukuhkan institusi agama setempat.



Ini termasuk portal dalam talian untuk membantu dengan derma dan bayaran elektronik.



Beliau turut memimpin usaha Muis membantu dengan peralihan ke pembelajaran di rumah, yang kini sudah menjadi norma baru bagi guru dan pelajar madrasah, dengan latihan dijalankan bagi guru dan asatizah agar mereka dapat mengendalikan kelas dengan berkesan dalam talian.



Wadah pembelajaran di rumah bagi madrasah juga dipertingkat untuk mengurangkan gangguan buat pelajar, dengan bantuan diberi kepada pelajar yang menghadapi kesukaran mengikuti kelas di dalam talian dari rumah.



Encik Esa juga menerajui satu fasa penting yang menetapkan asas untuk mengukuhkan pembangunan asatizah, dengan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) menentukan hala tuju bagi usaha akan datang bagi mempertingkat sektor asatizah.



Ini termasuk pelaksanaan program Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS), satu usaha kerjasama penting antara Muis dengan institusi akademik yang melengkapi asatizah dengan pengetahuan serta kemahiran untuk menggunakan ilmu agama mereka dan memberi bimbingan agama sesuai dengan konteks Singapura.



Satu elemen penting dalam Pelan Tiga Tahun Muis keenam yang diterajui Encik Esa merupakan usaha mempertingkat masyarakat.



Beliau memimpin Muis bekerjasama dengan agensi M3 serta pihak berkepentingan lain bagi mengukuhkan perkahwinan dan keluarga, menyokong individu yang mudah terjejas serta menyokong pekerjaan dan daya kerja asatizah.



Beliau juga menerajui usaha Muis memperkenal rancangan membangunkan pendapatan berdaya tahan bagi sektor agama di sini dengan membangunkan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS), sebuah wakaf masyarakat baru oleh masyarakat buat masyarakat.




"Di bawah kepimpinan teguh Encik Esa, Muis berjaya menyesuaikan diri dan terus memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah, sementara mengalihkan kandungan, amalan dan pendekatan agama kepada ruang digital dan kemudian membolehkan kegiatan keagamaan diadakan semula secara bertahap dan selamat.

Encik Esa dan pucuk pimpinan Muis kekal komited menyediakan bimbingan agama berkonteks bagi masyarakat Muslim Singapura, termasuk bimbingan agama yang khusus berkaitan Covid-19."

- Kenyataan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



"Dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini, saya menyaksikan Encik Esa Masood mengambil alih kepimpinan Muis dan melakukan banyak perubahan penting bagi masa depan sektor agama, seperti pembangunan asatizah dan kepimpinan agama.

Encik Esa mempamerkan pendirian yang tegas dalam memimpin Muis untuk membantu masyarakat menghadapi cabaran dalam kehidupan beragama sepanjang pandemik Covid-19.

Saya juga mengenali Encik Kadir Maideen sejak beliau berkhidmat dalam SCDF dan telah menyaksikan mutu kepimpinannya secara peribadi.

Saya yakin beliau akan membina terhadap usaha yang telah dilakukan Encik Esa untuk Muis."

- Presiden Majlis Ugama Islam Singapura, Encik Saat Abdul Rahman, mengenai pembaharuan kepimpinan Muis.




BIODATA



Encik Kadir Maideen

54 tahun.



Jawatan sedia ada: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Muis



Akan dilantik sebagai Pemangku Ketua Eksekutif mulai 20 September 2021.



Dengan lebih 27 tahun pengalaman dalam Perkhidmatan Awam, beliau dipinjamkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kepada Muis Januari lalu.



Sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir menyelia fungsi pendekatan strategik, pendidikan dan sumber manusia Muis.



Beliau juga merupakan pengerusi M3@Bedok di mana beliau telah membina hubungan rapat dengan anggota masyarakat dan mendorong pihak-pihak berkepentingan untuk melibatkan diri dalam usaha jangkauan dan pembangunan demi menyokong keperluan masyarakat di kawasan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >