MENTERI Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, telah mencadangkan penubuhan Taman Peringatan Pengasas atau Founders Memorial Park bagi mengingati pengasas-pengasas Singapura.
Dalam kenyataannya di Facebook semalam, Encik Goh menyatakan beliau pernah mencadangkan supaya rumah mendiang Perdana Menteri Pengasas Encik Lee Kuan Yew di 38, Oxley Road itu dipelihara sebagai satu warisan negara tetapi Encik Lee tidak bersetuju dengan idea sebegitu.