Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ESM Goh berikan respons tentang isu gaji menteri

Aug 15, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Kanan Emeritus Goh Chok Tong akur akan reaksi hangat yang diluahkan rakyat Singapura terhadap kenyataan beliau mengenai gaji para menteri baru-baru ini.



Dalam sebuah forum dengan penduduk di kawasan South East pada 2 Ogos lalu, beliau berkata menteri kabinet tidak diberi gaji yang mencukupi dan ini akan menyukarkan usaha mencari calon yang mahu menyertai pemerintah di masa hadapan.



Namun, kenyataan itu menerima kritikan dari sebilangan rakyat Singapura yang berpendapat bahawa gaji menteri sudah pun merupakan antara tertinggi di dunia dan memberikan gaji yang tinggi akan menarik individu atas sebab yang salah.



Mengulas mengenai kritikan itu dalam posnya di Facebook pada 8 Ogos lalu, Encik Goh berkata maklum balas rakyat menunjukkan mereka amat prihatin dan inginkan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kelakonan mereka, lapor akhbar The Straits Times.



"Saya menyambut baik pandangan yang pelbagai dan berbeza. Saya berharap agar dapat berinteraksi dengan mereka mungkin melalui sebuah forum tidak lama lagi,'' tambah Encik Goh, yang juga mantan Perdana Menteri Singapura.



Namun, ESM Goh menegaskan sekali lagi pendirian mengapa beliau melihat gaji sebagai penting.



"Dalam tempoh krisis dan huru-hara yang berpanjangan, saya tidak meragui bahawa rakyat Singapura akan ke hadapan untuk berkhidmat. Duit tidak akan menjadi faktor utama.



"Dalam tempoh yang aman dan makmur bagaimanapun, mereka tidak mempunyai kebimbangan yang perlu diharungi. Aspirasi peribadi, kebebasan, privasi dan gaya hidup diutamakan,'' jelasnya.



Beliau menambah rakyat Singapura sedar bahawa 'mutu datang seiring dengan wang' dari pakaian, durian, pemain bola sepak hingga senjata ketenteraan.



"Setelah mentadbir Singapura selama 14 tahun sebagai Perdana Menteri, keprihatinan utama saya ialah bagaimana membawa Singapura ke hadapan. Kepimpinan ialah utama,'' katanya.



Menjelaskan kenyataannya yang menyatakan mereka yang tidak mempunyai gaji tinggi merupakan individu yang 'sangat, sangat biasa' Encik Goh berkata:



"Saya tidak bermaksud bahawa rakyat Singapura dalam apa jua tahap pendapatan mereka adalah biasa. Mereka yang telah bekerja dengan saya tahu rakyat paling penting bagi saya. Itulah sebab saya dalam politik.''



Beberapa rakyat Singapura telah menulis secara langsung kepadanya melahirkan pandangan mereka.



Ia termasuk seorang pelajar perubatan tahun akhir di sebuah universiti luar negara yang menyatakan keupayaan dan prestasi seseorang dicerminkan dalam gajinya.



Encik Goh menjawab bahawa ciri-ciri lain juga tidak digambarkan dalam gaji.



"Gaji bukan titik permulaan bagi kita mencari menteri. Sikap, motivasi, komitmen, tidak pentingkan diri, keupayaan praktikal dan prestasi yang terbukti merupakan antara ciri yang dicari. Empat ciri pertama adalah faktor yang memutuskan sama ada dia diterima atau tidak,'' tambah Encik Goh.




"Gaji bukan titik permulaan bagi kita mencari menteri. Sikap, motivasi, komitmen, tidak pentingkan diri, keupayaan praktikal dan prestasi yang terbukti merupakan antara ciri yang dicari."
– Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >