Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ESM Goh: Bukan kehadiran pembangkang dorong pemerintah lakukan lebih banyak bagi rakyat

Aug 27, 2015 | 09:08 AM



MENTERI Kanan Emeritus Goh Chok Tong menolak pandangan parti pembangkang dan sebahagian warga Singapura bahawa kehadiran lebih banyak suara pembangkang di Parlimen sejak pilihan raya umum lalu telah membawa kepada lebih banyak langkah pengagihan semula.


Encik Goh, 74 tahun, berkata pemerintah pimpinan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mendengar suara rakyat sejak pilihan raya umum lalu dan mempercepat banyak rancangan serta program.


Oleh itu, jika rakyat Singapura berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan, mereka harus memberi parti pemerintah "mandat kuat untuk meneruskan apa yang mereka cuba lakukan.


Jika tidak, ia bermakna pengundi "menolak" apa yang pemerintah telah lakukan, katanya semalam semasa memperkenal barisan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Marine Parade dalam Pilihan Raya Umum 2015 pada 11 September ini.


Mengenai pandangan bahawa kehadiran pembangkang membawa kepada lebih banyak langkah pengagihan semula, Encik Goh samakan pandangan itu dengan dongeng ayam jantan berkokok apabila matahari terbit.


"Ayam jantan ini merayau-rayau mendakwa bahawa kokokannya yang membuat matahari naik. Itulah yang mereka (pembangkang) lakukan," kata beliau.


Encik Goh berkata dasar dan program berubah mengikut masa agar sesuai dengan keadaan baru dan memenuhi keperluan berubah rakyat.


Beliau berkata mendiang Perdana Menteri Lee Kuan Yew memberi tumpuan pada pembinaan rizab Singapura untuk hari hujan.


Apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 1990, beliau menilai terdapat rizab mencukupi dan dividen boleh dikongsi bersama rakyat melalui skim seperti Edusave, Medifund dan penin gkatan estet.


Apabila PM Lee Hsien Loong mengambil alih, rizab telah berkembang.


"Oleh itu, adalah tepat bahawa PM bermula, bukan selepas 2011, tetapi pada hari pertama beliau mengambil alih, untuk mempunyai lebih banyak skim bagi memberi manfaat kepada rakyat," katanya.


"Selepas 2011, beliau melakukan lebih banyak. Tetapi apakah ia disebabkan lebih ramai orang daripada pembangkang di Parlimen? Atau kerana keperluan rakyat telah berubah?


"PM faham bahawa ada banyak masalah: masyarakat menua, penduduk semakin tua, saiz keluarga kekal kecil dan sebagainya."


Mengenai pandangan bahawa lebih ramai pembangkang akan bermakna lebih banyak sekatan dan imbangan terhadap pemerintah, Encik Goh berkata pemerintah PAP melakukan "pemeriksaan sendiri".


"Selama bertahun-tahun, PAP satu-satunya parti di Parlimen. Apakah PAP telah tercemar?"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >