Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ESM Goh Chok Tong: Kenyataan di Facebook bertujuan menggerakkan pemimpin 4G bertindak

Jan 07, 2018 | 01:03 PM



MENTERI Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, berkata catatan yang dimuat naiknya ke Facebook minggu lalu tentang pentingnya memilih perdana menteri seterusnya Singapura merupakan satu langkah sengaja yang bertujuan mendapatkan respons daripada pucuk pimpinan generasi keempat (4G) negara ini.



“Selepas berjaya mencapai tujuan saya, saya tidak akan mengambil langkah seterusnya,” kata Encik Goh semalam (6 Januari).



Beliau berkata demikian, dengan merujuk kepada satu kenyataan bersama oleh 16 menteri kabinet dan pemegang jawatan politik – yang disebut sebagai pemimpin 4G Singapura – daripada parti pemerintah Parti Tindakan Rakayat (PAP) yang dikeluarkan Khamis lalu.



Barisan 16 pemegang jawatan politik itu berkata mereka akur bahawa isu peralihan kepimpinan merupakan isu penting dan akan memilih seorang pemimpin daripada kalangan mereka dalam masa yang sebaiknya.



Kenyataan mereka itu dikeluarkan selepas Encik Goh membuat kenyataan di Facebook pada 30 Disember lalu, dengan melahirkan hasratnya agar kohort pemimpin sekarang dapat memilih perdana menteri seterusnya yang akan memimpin Singapura dalam tempoh enam hingga sembilan bulan.



Selepas itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong boleh menentukan pilihan mereka secara rasmi sebagai bakal penggantinya sebelum hujung tahun ini, tambahnya.



Apabila ditanya tentang kenyataan bersama oleh barisan 16 pemimpin muda itu yang tidak menentukan ranka masa yang spesifik, Encik Goh berkata:



“Ia mungkin lebih awal atau lebih lewat. Saya tidak akan menyoal mereka apakah maksud 'masa yang sebaiknya' itu.



“Namun pada asasnya, mereka telah memberi respons... bahawa mereka harus membuat keputusan dengan cepat,” kata Encik Goh kepada media semasa satu majlis penyampaian anugerah belia di kawasan undinya di Marine Parade semalam.



PM Lee berkata beliau ingin menyerahkan teraju kepimpinan pemerintah kepada seorang pengganti apabila beliau berusia 70 tahun pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >