Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

ESM Goh penaung kehormat IRO

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

ESM Goh penaung kehormat IRO

Dec 01, 2018 | 05:30 AM

MENTERI Kanan Emeritus Encik Goh Chok Tong semalam dinamakan secara rasmi sebagai penaung kehormat Pertubuhan Antara Agama (IRO), penaungnya yang ketiga sejak pertubuhan yang bertujuan memupuk keharmonian antara agama itu ditubuhkan 70 tahun lalu.

Dalam kenyataannya, IRO berkata Encik Goh telah menerima undangan IRO untuk menjadi penaung kehormat, menggantikan mantan Presiden S R Nathan, yang meninggal dunia pada 2016.

Majlis perasmian diadakan di Bangunan Kementerian Pembangunan Negara (MND).

Presiden IRO, Encik Ben J Benjamin, melahirkan penghargaannya kepada Encik Goh kerana menerima undangan IRO itu.

"Reputasi ESM Goh yang cemerlang sebagai pemimpin yang dicintai dan dihormati adalah aset hebat kepada pertubuhan kami dan ia akan memperkukuh usaha kami untuk membina keyakinan dan persahabatan antara berbilang agama di Singapura.

Encik Goh berkata: "Keharmonian kaum adalah tunggak utama dalam keamanan dan kemakmuran Singapura.

"Dengan senang hati, saya menerima undangan untuk menjadi penaung kehormat IRO, yang memainkan peranan penting dalam menyokong dan mengekalkan keharmonian kaum di Singapura.

"Saya berharap dapat bekerjasama dengan IRO dan anggotanya daripada berbilang agama dalam usaha ini."

Penaung kehormat pertama IRO ialah Pesuruhjaya-Jeneral Asia Tenggara Malcolm Macdonald, yang berkhidmat antara 1949 dengan 1955.

Mendiang S R Nathan berkhidmat dari 2012 hingga 2016.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3