PERTIKAIAN OXLEY
ESM Goh tekankan keyakinan penuhnya akan integriti PM Lee
Rayu agar adik-beradik keluarga Lee hentikan pertikaian dan cuba berdamai
Jul 05, 2017 | 05:30 AM
MENTERI Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong berkata tengkarah melibatkan keluarga Lee Kuan Yew mencerminkan kepekaan politik dan kewibawaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Memberi contoh, ESM Goh berkata Encik Lee mendermakan hasil daripada penjualan rumah 38 Oxley Road supaya tiada siapa dapat menuduhnya meraih manfaat sekiranya pemerintah mengambil alih hartanah tersebut.