Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Estet perumahan baru di tapak Akademi Polis Lama bakal tawar 5,000 unit

Nov 23, 2021 | 03:14 PM



 



SEBUAH estet perumahan baru akan dibina di tapak Akademi Polis Lama seluas 33 hektar di kawasan Mount Pleasant, untuk menyediakan 5,000 unit perumahan.



Projek Bina Ikut Tempahan (BTO) pertama di kawasan itu akan dilancarkan dalam lima tahun mendatang.



Mengumumkan rancangan itu pada Selasa (22 November), Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata tapak itu telah diperuntuk untuk kegunaan perumahan dalam pelan induk pemerintah sejak 1998.



“Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, permintaan bagi perumahan awam kekal tinggi. Jadi kami akan mengaktifkan tapak ini bagi sebuah estet perumahan baru untuk memenuhi keperluan warga Singapura, dan kami akan melakukannya dalam lima tahun akan datang,” kata Encik Lee.



Bersempadan dengan Thomson Road dan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), estet perumahan baru itu berhampiran dengan kawasan perumahan matang seperti Toa Payoh.



Estet itu juga akan menempatkan stesen MRT Mount Pleasant di Laluan Thomson-East Coast (TEL), yang dijangka dibuka apabila pembangunan perumahan awam di kawasan itu siap.



Memandangkan skala dan konteks tapak itu, satu kajian perintis mengenai warisan dan Kajian Kesan Sekitaran (EIS) telah dijalankan untuk menilai aspek warisan dan ekologi, serta membimbing rancangan pembangunan masa depan HDB bagi mengurangkan kesan kepada sekitaran semula jadi dan binaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >