Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Estet pesakit yang meninggal dunia akibat barah disebabkan kecuaian oleh CGH dibayar $326,000

Jan 19, 2021 | 08:14 PM



HOSPITAL Besar Changi (CGH) telah diarahkan untuk membayar estet Cik Noor Azlin Abdul Rahman $326,620, serta faedah pada 5.33 peratus dan kos guaman $105,000 di atas kelengahan dalam diagnosis yang  menyebabkan keadaan barah paru-parunya semakin teruk hingga beliau meninggal dunia pada usia 39 tahun pada 2019.



Beliau meninggal dunia lima minggu setelah Mahkamah Rayuan memihak kepadanya daripada CGH.


Estetnya menuntut ganti rugi $13.46 juta manakala hospital itu menawarkan $20,800, lapor The Straits Times. 


Cik Noor Azlin telah mendapatkan rawatan di CGH, di mana X-ray paru-parunya diambil pada 2010 dan 2011.



Kedua-dua kali, pakar radiologi menyarankan konsultasi susulan. Tetapi ini tidak berlaku.


Apabila beliau sekali lagi dirujuk ke hospital oleh seorang doktor dari Klinik Perubatan Raffles, tumbuhannya telah merebak.


Walaupun mendapat rawatan, barahnya telah melarat dan beliau meninggal dunia pada 1 April 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >