Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19

EU batal rancangan sekat eksport vaksin lewat Ireland

Jan 31, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Kesatuan Eropah (EU) secara mengejut menarik balik satu rancangan menggunakan langkah kecemasan Brexit bagi mengekang eksport vaksin Covid-19 melepasi sempadan Ireland ke United Kingdom, selepas ia menimbulkan tekanan di Ireland Utara, London dan Dublin.



Dalam perjuangan EU hendak mendapatkan bekalan vaksin secepat mungkin, Brussels menyatakan ia akan memperkenal syarat dalam Protokol Ireland Utara untuk mengelakkan vaksin bergerak melepasi sempadan terbuka antara Ireland, yang merupakan anggota EU, dengan Ireland Utara, sebuah wilayah Britain.



Menyusuli bantahan di London, Belfast dan Dublin, EU menerbitkan sebuah kenyataan sebelum tengah malam, menyatakan ia akan memastikan Protokol Ireland Utara, yang direka bagi memastikan sempadan itu dibuka, tidak akan terjejas.



Ia, bagaimanapun, memberi amaran jika vaksin dan bahan aktif bergerak ke negara ketiga dan di luar blok itu, ia akan mengambil tindakan dengan menggunakan "segala instrumen yang dimilikinya".



Ireland berkata perubahan hati EU dialu-alukan, tetapi ia juga merupakan satu pengajaran.



"Protokol bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Ia usaha tolak ansur penting dalam mempertahan kedamaian dan perdagangan bagi ramai," kata Menteri Ehwal Luar Ireland Simon Coveney dalam akaun Twitternya.



Rancangan asal EU bertujuan mengelak pembukaan sempadan antara Ireland dengan Ireland Utara menjadi pintu belakang bagi bekalan vaksin masuk ke United Kingdom.



Penarikan balik rancangan itu menyusuli gesaan terdesak, dengan Perdana Menteri Britain Boris Johnson memberitahu Presiden Suruhanjaya EU Ursula von der Leyen mengenai "keprihatinan seriusnya".



Perdana Menteri Ireland Micheal Martin juga berbincang dengan Encik Johnson dan ketua EU itu untuk mencapai satu huraian.



Kesatuan sekerja Ireland Utara menyifatkan rancangan asal EU itu sebagai satu tindakan permusuhan.



Dalam satu komen Twitter lewat kelmarin, Cik Von der Leyen berkata beliau telah berbincang dengan Encik Johnson.



"Kami bersetuju atas dasar bahawa sepatutnya tiada sekatan terhadap eksport vaksin oleh syarikat yang sedang memenuhi tanggungjawab kontrak." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >