Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Exxon Mobil hentikan 300 pekerjaan

Langkah jejas 7 peratus daripada sekitar 4,000 pekerjanya di Singapura
Mar 04, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT minyak Amerika Syarikat, ExxonMobil akan menghentikan sekitar 300 pekerjaan daripada tenaga kerjanya di Singapura menjelang akhir tahun ini.



Ia menjejas 7 peratus daripada sekitar 4,000 pekerjanya di Singapura, ujar kenyataan syarikat itu.



Singapura merupakan lokasi penting bagi syarikat itu kerana ia menempatkan kompleks petrokimia bersepadu terbesarnya yang mempunyai keupayaan penghasilan sekitar 592,000 tong sehari.



Keadaan pasaran terjejas disebabkan pandemik Covid-19 yang mempercepatkan penyusunan semula yang sedang dijalankan.



Dalam kenyataannya, ExxonMobil berkata Singapura terus menjadi lokasi strategik bagi syarikat tersebut, memandangkan ia menempatkan kompleks perkilangan berskala dunia dan tenaga kerja yang berbakat.



Ia kekal komited dalam menyediakan tenaga dan produk yang penting bagi masyarakat, sambil menangani operasi dengan selamat dan bertanggungjawab, termasuk mengurangkan risiko perubahan iklim, tambah firma itu.



"Ini adalah langkah sukar tetapi perlu demi memperbaiki daya saing syarikat kami dan memperkukuh asas perniagaan kami bagi kejayaan masa depan.



"Kami sedang memberikan sokongan peralihan kepada rakan sekerja kami yang terjejas dan sedang memberi tumpuan kepada mengharungi waktu sukar ini," kata Cik Geraldine Chin, yang mengambil alih sebagai pengerusi dan pengarah urusan ExxonMobil Asia Pasifik pada Januari lalu.



Kesemua pekerja yang terjejas merupakan karyawan dan pengurus, dan mereka akan dimaklumkan antara 8 dengan 12 Mac ini, menurut Presiden Kesatuan Sekerja ExxonMobil Singapore, Encik Chew Boon Jin, kepada The Straits Times (ST) semalam.



Seorang jurucakap ExxonMobil menambah bahawa firma itu akan menyediakan sokongan, termasuk kaunseling dan khidmat penempatan pekerjaan kepada semua rakan sekerja yang terjejas.



Ia telah mendekati Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan pemimpin kesatuan sebelum pengumuman itu, tambah jurucakap tersebut.



Pemberhentian kerja ExxonMobil diumumkan menyusuli pengumuman Shell Oktober lalu bahawa ia akan memotong tenaga kerja globalnya sebanyak 14,000 orang atau 15 peratus menjelang akhir 2022.



Ketika itu, jurucakapnya berkata pemotongan itu berbentuk pengurangan pekerja secara semula jadi akibat persaraan dan pemberhentian kerja secara sukarela, program pekerja lebihan yang disasarkan dan pengambilan kerja yang berkurangan, lapor ST.



Gergasi minyak itu merupakan salah satu pelabur asing terbesar Singapura, dengan lebih $25 bilion dalam pelaburan aset tetap.



Pada Mac tahun lalu, ia mengadakan majlis maya bagi peluasan berbilion dolar bagi kompleks petrokimia dan penapisannya di Pulau Jurong yang dijangka mewujudkan 135 pekerjaan baru.



Pelaburan itu membolehkannya meningkatkan keupayaan pengeluaran bagi produk bernilai lebih tinggi dan bahan api lebih bersih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >