Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

F1 Grand Prix Singapura dilanjut empat tahun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

F1 Grand Prix Singapura dilanjut empat tahun

OL
Sep 15, 2017 | 05:07 PM

SINGAPURA akan terus menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) bagi empat tahun mendatang.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan S. Iswaran mengumumkan pada Jumaat (15 September) bahawa F1 Grand Prix Singapura akan terus di Singapura bagi empat tahun lagi selepas penganjur menandatangani pernjanjian pelanjutan empat tahun. 

Grand Prix Singapura, yang kini berusia 10 tahun, adalah perlumbaan waktu malam pertama francais sukan ini dan dianggap lambang kejayaan produk sukan dan hiburan yang menggabungkan suasana pesta dengan peluang membina rangkaian perniagaan.

"Formula Satu dan Singapura telah memanfaatkan satu sama lain," kata Encik Iswaran.

"Sejak sedekad yang lalu, perlumbaan Singapura telah menjadi acara ikonik dan yang ditunggu-tunggu dalam kalendar F1. Ia adalah perlumbaan malam tunggal dan yang pertama diadakan di jalan raya Marina Bay, dengan latar langit dan bangunan mercu tanda Singapura sebagai latar belakang. Dari mula, kami telah menaruh wawasan agar F2 Grand Prix Singapura menjadi bukan sahaja acara sukan, malah pesta gaya hidup dan acara perniagaan. Perlumbaan ini diiringi dengan acara hiburan yang menarik di kota dan juga di litar. Ada pelbagai persidangan, mesyuarat dan acara lain yang diadakan untuk membina rangkaian perniagaan.

"Sebaliknya, F1 telah meningkatkan imej Singapura sebagai bandar yang rancak dan berinovatif. Dan perlumbaan ini telah mendatangkan manfaat ekonomik yang penting," tambah Encik Iswaran.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3