SERANGAN DI NEW ZEALAND
Facebook dakwa jaya padamkan 1.5 juta video kejadian di serata dunia
Syarikat gergasi media sosial bagaimanapun hadapi kecaman di atas kegagalan sekat imej serangan 'yang ditayang secara langsung'
FACEBOOK mendakwa telah memadamkan lebih 1.5 juta video yang menayangkan kejadian penembakan kejam di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, sekalipun syarikat gergasi media sosial itu kian menghadapi kecaman mengenai kegagalannya untuk mengadang imej "serangan itu semasa ia ditayangkan secara langsung".
Serangan di dua masjid yang dipenuhi para jemaah pada Jumaat lalu dirakam secara langsung oleh penyerang di Facebook yang menunjukkan seorang lelaki bersenjata berkenaan melepaskan tembakan bertubi- tubi terhadap para jemaah yang berada di dalam masjid tersebut.