Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Facebook diarah siar pembetulan bagi pos palsu budak maut dek Covid-19

Aug 16, 2021 | 05:30 AM



SATU arahan pembetulan telah dikeluarkan ke atas satu pos Facebook yang mendakwa seorang budak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia kerana Covid-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) mengeluarkan arahan pembetulan umum kepada Facebook, menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Arahan itu menuntut Facebook menerbitkan notis pembetulan dengan satu pautan ke fakta untuk semua pengguna Singapura di wadah media sosialnya.



Ini sehari selepas MOH menyangkal dakwaan satu pos pada 14 Ogos oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Eileen Loh, yang juga mendakwa varian Delta Plus Covid-19 kini terdapat di Singapura.



MOH menekankan lagi bahawa sehingga 14 Ogos, tidak ada kes kematian kanak-kanak akibat Covid-19 di mana-mana hospital di Singapura.



Pos Facebook itu juga mengandungi dakwaan bahawa kematian budak perempuan itu sengaja tidak dilaporkan dan pemerintah tidak bersikap telus dalam membuat laporan harian mengenai kes Covid-19.



Dalam kenyataannya itu, MOH menggesa orang ramai jangan menyebarkan maklumat yang boleh mencetus rasa cemas.



Ia juga menasihatkan orang ramai supaya melungsuri laman webnya di www.moh.gov.sg untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >